Kehidupan, Motivasi, Shaklee

Kelebihan Kerja Dari Rumah

Zaman PKP pada 2019 membawa lembaran baru dalam bagaimana dunia bekerja. Jika sebelum 2019, bekerja dari rumah boleh diangggap sebagai sesuatu yang sangat pelik. Namun asbab Covid-19, yang pelik suatu masa dahulu kini sudah menjadi kelaziman malahan menjadi pilihan terutamanya pada para ibu yang bekerjaya.

kerja dari rumah

Pekerjaan jenis apa yang boleh dibuat dari rumah agaknya tu ya? Pastinya pekerjaan yang banyak melibatkan dokumentasi serta bidang perniagaan. Kebanyakan bidang perniagaan terutamanya mereka yang melakukan perniagaan secara networking atau multi-level marketing mempunyai privilege dalam melaksanakan kaedah kerja dari rumah.

Untuk saya sendiri, saya telah menjadi WAHM (Work-at-home-mother) sejak 2017 lagi. Pilihan saya apabila ketika itu syarikat menawarkan skim pemberhentian secara sukarela. Sebab kenapa saya memilih berhenti bekerja dan berniaga dari rumah adalah kerana saya inginkan anak-anak mendapat 1st hand penjagaan dari saya. Apatah lagi ketika itu, anak-anak sudah mula bersekolah. Lebih mudah untuk mengurus masa dan membahagikan masa antara anak-anak dan masa untuk berbisnes.

Kini saya masih berbisnes malah saya turut bekerja sebagai penulis manual/ SOP untuk kilang-kilang makanan. Memandangkan saya seorang Teknologis Makanan, bidang perkilangan makanan, keselamatan dan kebersihan makanan ni dah mendarah daging dalam hidup saya. Oleh kerana itu saya meneruskan kerjaya dalam bidang teknologi makanan walaupun secara freelance.

kerja dari rumah

Kelebihan bekerja dari rumah sebenarnya sangat banyak. Ramai yang merasakan agak sukar kerana ye lah di rumah ada anak-anak, ada dapur perlu diurus ada kain baju yang perlu dicuci dan dilipat malah pelbagai benda di rumah yang memerlukan perhatian seorang suri rumah. Namun sebenarnya, itu semua boleh dilakukan dengan syarat kita FOKUS.

FOKUS? Fokus yang bagaimana? Untuk diri saya sendiri, saya takde pun satu jadual yang tetap atau rutin apa yang perlu saya lakukan setiap hari. Namun saya meletakkan masa tertentu untuk kerja rumah dan juga kerja bisnes saya. Contohnya, jika pada hari tersebut saya perlu untuk kerja luar, maka saya perlu memastikan hal ehwal di rumah seperti memasak, mengemas dilakukan lebih awal. Ataupun jika ada sahabat yang ingin bertandang, saya pastikan kerja bisnes saya telah pun dilunaskan sebelum sahabat tersebut bertandang. Jadi rasa bersalah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik tu tak de lah terasa. Walaupun kadangkala memang akan ada yang tak sempurna di sana sini namun ia tidak lah terlalu ketara. Dan masih boleh dimaafkan.

Sebenarnya bila bekerja dari rumah, banyak perbelanjaan yang dapat dijimatkan terutamanya kos perjalanan dan makanan. Dan personally bekerja dari rumah, kita boleh jadi lebih berdisiplin sebab kurangnya kawan-kawan untuk menyembang hahaha (hakikatnya kadang-kadang sembang di whatsapp lebih hebat lagi). Dan sebagai wanita, saya rasa lebih selamat bekerja dari rumah sebenarnya (adakah kerana saya ni introvert? entahlah).

kerja dari rumah

Selain tu, antara kebaikan bila bekerja dari rumah, saya dapat menyusun jadual saya lebih baik. Ada masa untuk kelas agama, untuk kelas bisnes dan ilmu rumahtangga/parenting. Sebab banyak dah kelas-kelas secara online diadakan sekarang. Jadi bila bekerja dari rumah, masa sangat terisi. Apatah lagi kalau diukur dari segi nak mengerjakan ibadah. Persediaan lebih awal dapat dibuat dan dapat berlama-lamaan di tikar sejadah boleh menjadi waktu untuk kita recharge dan bermuhasabah.

Korang kat luar sana, suka bekerja dari rumah atau keluar bekerja? Masing-masing ada preferences masing-masing kan. Apa yang pasti, letakkan Allah dahulu dalam setiap apa yang kita lakukan. Luruskan niat bekerja kerana Allah. Moga sedikit usaha kita ni Allah pandang dan melimpahkan rahmatNya buat kita, biiznillah.

Jika ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi Ahli. Jika korang rasa nak mendaftar tapi belum mendaftar ahli? Klik sini. Pendaftaran hanya RM35 sahaja sekarang ni. Jangan lepaskan peluang dengan klik link kat bawah ni tau.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=852417

Pengedar Shaklee Inanam

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

1 Comment

  1. […] Zarith yang work from home sejak januari 2015 ni memang kena betul-betul pandai uruskan masa. Kena bahagikan antara bisnes dan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *