Bila berbisnes online ni ramai yang ingat mudah je kerjanya. Yelah kan. Main-main handphone, tekan-tekan laptop je. Atau buat video live dan berjoget sana-sini (aduhh). Ni sebenarnya satu salah faham yang sangat perlu dibetulkan. Membina bisnes secara online bukan sekadar main handphone/ telefon bimbit atau mengadap laptop/ komputer riba sahaja. Telefon bimbit dan komputer riba adalah satu keperluan apabila berbisnes online. Sebab itulah mereka yang melaksanakan bisnes secara online nampak bergantung sepenuhnya dengan 2 alat komunikasi ini.
Banyak cabaran sebenarnya bila melakukan bisnes secara online ni. Tapi kali ni saya nak kongsikan 4 tips bisnes online untuk kita peniaga ni maintain produktif dalam meneruskan aktiviti bisnes seharian. Jemput baca.

Rancang jadual harian
Rancang hari-hari seumpama kita sedang bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah dengan melakukan senarai harian, hal ini kerana apabila seseorang itu sudah merancang dan ikut perancangan yang dilakukan semua perkerjaannya akan berjalan dengan lebih lancar.
Bukan itu sahaja, dengan adanya juga perancangan, seseorang itu akan menjadi lebih fokus dan juga dapat membahagikan masa sebaik mungkin ketika berbisnes. Ini sangat penting untuk kekal fokus terutamanya ketika berkerja dari rumah.
Senarai itu berfungsi sebagai peringatan harian tentang apa yang akan dilakukan seharian itu sekaligus dapat menjaga masa beribadat dan rehat dengan lebih baik dan juga tidak mengganggu masa makan yang sepatutnya.
Disiplin perlulah tinggi ketika berbisnes online kerana dalam bisnes kita tiada boss untuk kita submit laporan harian, mingguan malah bulanan. Disiplin sangat perlu kerana terdapat segelintir daripada mereka mudah terganggu dengan persekitaran lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.

Berehat seketika
Kebiasaannya bisnes online dilaksanakan dari rumah. Oleh keranan itu ketika berkerja dari rumah, masa yang ada agak fleksibel jadi gunakan masa tersebut sebaik mungkin untuk bekerja dan juga berehat.
Jangan terlampau fokus dan leka dengan perkerjaan sehingga tiada masa untuk makan mahupun berehat. Terlalu lama menghadap komputer riba ataupun telefon bimbit juga tidak elok untuk kesihatan lebih-lebih lagi mata.
Ambil masa lebih kurang sejam untuk menjauh daripada komputer riba dan rehatkan pandangan dengan cuba melihat objek jauh seketika setiap 20 minit, ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata.
Memandang tumbuh-tumbuhan seketika ataupun sesuatu yang berwarna hijau juga dapat menyegarkan mata, bukan itu saja malah dapat merelakskan mata.

Ruangan khas
Ruangan khas untuk berkerja dari rumah juga perlu ada kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting. Mestilah kita tidak mahu campurkan ruangan rehat dan juga berkerja di tempat yang sama kan? Memandangkan rumah kita itulah pejabat kita, seharusnya ruangan khas sangat diperlukan. Tidak diperlukan sebuah bilik khas pun cukup sekadar pada permulaan jika boleh ada meja, komputer riba, printer jika perlu serta rak untuk alat tulis atau fail untuk dokumentasi.
Bila ada satu ruangan yang khas untuk berbisnes dapatlah kita fokus dan bekerja dengan keadaan yang selesa seakan-akan bekerja di pejabat sebenar. Mood untuk bekerja akan hadir dan di situ menampakkan sejauh mana kita benar-benar serius dengan bisnes yang kita sedang jalankan.

Sentiasa kembangkan skill dan terus belajar
Walaupun katanya bisnes secara online namun ilmu dan skill jangan pernah dipandang enteng. Baik ilmu berkaitan perniagaan mahupun pengurusan ataupun ilmu berkaitan produk yang dijual perlulah terus dituntut. Jangan pernah malas atau malu untuk mengikuti kelas-kelas berkaitan.
Lagilah zaman pasca covid ni, banyak je kelas berkaitan bisnes yang dijalankan secara online di luar sana. Terserah pada kita nak pilih yang mana satu. Bila ada ilmu, maka kemahiran juga dapat dipertingkatkan in shaa Allah. Kemahiran yang bertambah secara tak langsung membantu untuk kita menjalankan bisnes dengan lebih baik.

Okay itu sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini. Jika ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi Ahli. Jika korang rasa nak mendaftar tapi belum mendaftar ahli? Klik sini. Pendaftaran hanya RM35 sahaja sekarang ni. Jangan lepaskan peluang dengan klik link kat bawah ni tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=852417
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.
[…] buat bisnes online di rumah. Hubungi Fyda […]