Kehidupan

10 Tips Travel Untuk Beginner

Perlukan beberapa petua dan tips perjalanan untuk membantu menjalani pengembaraan yang hebat? Di sini saya kumpulkan 10 Tips Travel untuk mereka yang terutamanya beginner. Semoga hasil kompilasi tips ni membantu korang kat luar sana untuk menikmat perjalanan yang awesome dan enjoyable.

Ambil Takaful Perjalanan Fleksibel

Jika kita travel terutamanya di luar negara (dalam negara juga terpakai) pastikan korang mengambil takaful perjalanan yang fleksibel dan berbaloi. Kenapa perlukan takaful perjalanan? Takaful perjalanan diperlukan untuk tujuan perlindungan dan pampasan. Takaful travel dibuat untuk membantu korang dari segi wang ringgit kalau-kalau terjadi perkara yang tak diingini begitu. Dari masalah kecil macam flight lambat, kepada masalah sederhana seperti luggage kena curi,  sampailah ke masalah besar macam berlaku kemalangan, masuk hospital atau kematian kat luar negeri. 

Kos takaful perjalanan bergantung kepada apa perlindungan yang korang perlukan, dan berapa lama trip korang. Kalau trip sekali sekala, memadai ambil perlindungan untuk trip itu sahaja, harganya dalam RM 15 – RM 90 seorang. Kalau korang memang selalu travel sebab memang hobi atau sebab kerja, boleh beli takaful yang cover untuk setahun. Harganya dalam RM 200 ke atas.

Tempah Bilik Hotel yang Refundable

Website pilihan nombor satu kami untuk menempah penginapan ialah Booking.com Mereka mempunyai rangkaian penginapan terbesar di seluruh dunia, serta harga terbaik. Tetapi yang paling penting, majoriti hartanah mereka menawarkan pembatalan percuma. Maksudnya, korang boleh menempah penginapan ideal korang berbulan-bulan (atau minggu) lebih awal. Dan jika ada keadaan yang memaksa membatalkan atau menangguhkan tempahan tersebut, tiada sebarang caj akan dikenakan. Jadi duit korang pun selamat kan.

Gunakan Alat Perbandingan Penerbangan

Tips ni kalau korang nak travel menggunakan kapal terbang. Kalau kereta toksah la mengada-ngada nak cek juga ya hahaha. Alat perbandingan penerbangan (iaitu Skyscanner) menjadikan proses tempahan penerbangan 100 kali lebih mudah daripada sebelumnya. Skyscanner menawarkan setiap kombinasi penerbangan yang berkenaan untuk destinasi berlepas dan ketibaan yang diinginkan. Apps ini membantu dalam mencari operator yang murah serta turut mencadangkan beberapa laluan alternatif yang boleh diambil. Selain tu, paparan dalam apps ni yang luas serta mengikut bulan memudahkan para beginner traveller mencari penerbangan terbaik.

Tempah Tiket Dalam Talian Apabila Boleh

Tempahan tiket dalam talian untuk semua aspek perjalanan telah menjadi sangat popular. Kita berada dalam era digital di mana kertas tidak begitu diperlukan. Berkenaan dengan perjalanan, ini sangat berguna. Terdapat kurang komplikasi dan kekeliruan apabila semuanya dalam talian. Selain itu, korang bila dalam talian ni pelbagai diskaun, kod kupon dan tawaran kilat yang akan ditawarkan. Secara tak langsung, ia membolehkan korang menjimatkan wang.

Ambil Beg galas/ pakaian yang berkualiti

Bila travel ni, beg adalah salah satu keperluan penting. Oleh sebab itu, beg galas yang berkualiti akan berfungsi dengan baik untuk tahun-tahun akan datang.

Bawa Pakaian Dalam Yang Cukup (Sekurang-kurangnya Seminggu)

Saya rasa ini juga terpakai kepada semua pakaian. Pada asasnya pastikan pakaian yang cukup untuk seminggu. Jika di dalam negara mungkin ia bukan isu besar sebab kebanyakan tempat percutian ada je banyak kedai dobi. Namun ada kalanya dalam keadaan cuaca yang kurang baik, terdesak juga la kan kalau baju tak cukup terutamanya pakaian dalam. Selain dari bawa stok yang mencukupi, salah satu caranya adalah dengan membeli pakaian dalam pakai buang. Alternatif yang lebih mudah dan ringkas.

Sentiasa Bawa Kain Sarung

Kain sarung ni termasuk kain pelekat dan kain batik. Kain ni bukan lah nak digunakan untuk dipakai sangat tetapi lebih kepada alternatif jika kita perlu menggunakan sebagai alas solat mahupun alas untuk berbaring terutamanya jika kawasan R&R agak sibuk dan penuh. Kain sarung ni bersifat pelbagai guna dan sangat digalakkan untuk membawanya jika nak travel sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Bawa Kit Pertolongan Cemas Perjalanan Kecil

Kami sentiasa mengembara dengan peti pertolongan cemas kecil yang penuh dengan keperluan. Ini termasuk paracetamol, tablet selesema, tablet untuk membantu perut anda apabila timbul masalah akibat makanan, plaster, krim antiseptik dan beberapa pembalut. Korang mungkin nak tambah beberapa jenis ubatan mengikut keperluan korang. Pastikan ia dah ready sebelum korang travel tau.

Bawa Tuala Kecil

Dulu-dulu memang selalu je kami bawa tuala besar setiap sorang. Sampai encik suami pun macam pelik. Ternyata, ia ambil banyak ruang dalam bag dan ia tidak diperlukan kerana setiap hotel yang pernah kami tinggal menyediakan tuala. Tetapi membawa tuala kecil adalah idea yang bagus. Tuala kecil ni boleh untuk mengelap peluh jika ada aktiviti ourdoor atau berhiking serta berjogging ketika travel. Atau ia juga boleh digunakan jika kita bersantai di air terjun atau di tepi pantai dan perlu mengeringkan diri.

Gunakan Website/ Media Sosial Untuk Pengalaman Tempatan

Cara terbaik untuk menemui pengalaman tempatan yang berkos rendah atau percuma adalah melalui media sosial seperti Facebook/ Instagram. Destinasi paling popular akan mempunyai kumpulan Facebook yang khusus untuk berkongsi maklumat tentang perjalanan di sekitar destinasi tersebut. Bila kita join grup-grup tertentu, kita dapat menimba pengalaman orang lain dan pada masa yang sama kita boleh lah buat itinerary kita sendiri bila kita tiba di tempat tersebut. Short cut untuk kita lebih enjoy travelling kita.

Jadi begitulah,tips travel terbaik kami yang diharapkan dapat membantu korang merancang perjalanan yang sempurna dan memastikan korang mempunyai masa yang hebat dalam pengembaraan korang!

Jika ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi Ahli. Jika korang rasa nak mendaftar tapi belum mendaftar ahli? Klik sini. Pendaftaran hanya RM35 sahaja sekarang ni. Jangan lepaskan peluang dengan klik link kat bawah ni tau.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=852417

Pengedar Shaklee Inanam

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *