Kesihatan, Produk Shaklee, Shaklee, Vivix, Res-V

Resveratrol – Antioksidan

Resveratrol ialah sebatian fenolik atau polifenol yang didapati mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat. Resveratrol yang hadir pada tumbuhan bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada tekanan yang disebabkan oleh perkara-perkara seperti keadaan pertumbuhan yang buruk dan cuaca buruk. Ia banyak terdapat di dalam tumbuh-tumbuhanan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Yang paling tinggi adalah pada kulit anggur merah. Resveratrol ini bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ atau perisai untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol telah terbukti dapat memusnahkan sel-sel kanser, mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL, jumlah kolesterol dan risiko penyakit kardiovaskular. Kajian terbaru mengenai haiwan telah menunjukkan resveratrol meningkatkan jangka hayat secara mendadak, meningkatkan daya tahan olahraga dan meniru faedah diet terhad kalori.

Resveratrol

Jenis Resveratrol

Secara semula jadi, resveratrol wujud dalam dua isomer berbeza, trans-resveratrol dan cis-resveratrol; awalan ini merujuk kepada bentuk molekul. Penyelidik telah mengenal pasti trans-resveratrol sebagai aktif secara biologi bagi kedua-dua isomer, itulah sebabnya Shaklee hanya melabelkan molekul “trans-resveratrol” yang aktif ini. Sesetengah pesaing melabelkan “total resveratrols,” yang tidak mencukupi maklumat untuk pengguna.

Resveratrol (Trans-resveratrol) ialah salah satu unsur polifenol yang mempunyai kesan kesihatan yang bermanfaat. Resveratrol boleh didapati secara semula jadi dalam jumlah yang surih pada kulit anggur, wain merah dan kacang tanah.Tumbuhan knotweed Jepun (Polygonum cuspidatum) merupakan salah satu sumber trans-resveratrol yang tinggi kandungannya.

Kelebihan Resveratrol

Resveratrol diketahui bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan tekanan oksidatif selular2. Resveratrol juga didapati menyumbang kepada peningkatan sensitiviti insulin dan penggunaan glukosa serta menghalang pembekuan darah dan keradangan yang berlebihan.2-5 Ia telah dicadangkan dalam praklinikal dan klinikal kajian bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser melalui keupayaannya menyekat pelbagai jenis pertumbuhan sel tumor.6

Kesan Resveratrol

Namun begitu, pengambilan Resveratrol yang tinggi (lebih daripada 1,000 mg/d selama 29 hari berturut-turut) boleh menyebabkan gejala seperti: loya, cirit-birit dan sakit perut.7 Disebabkan oleh fungsi anti-plateletnya, resveratrol boleh meningkatkan lebam dan pendarahan bagi individu yang mengambil ubat antikoagulan (cth., warfarin/coumadin atau heparin), ubat anti-platelet (cth., clopidogrel/Plavix atau dipyridamole/Persantine) , dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen, diclofenac atau naproxen.8 Ia disyorkan untuk wanita yang mempunyai sejarah kanser sensitif estrogen, Namun pesakit perlu berunding dengan doktor sebelum mengambil suplemen Resveratrol.7

Resveratrol

Apakah Resveratrol yang terkandung dalam Vivix Shaklee?

Resveratrol di dalam #VivixShaklee 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol itu sendiri. Dan setiap hidangan Vivix Shaklee ( satu sudu) menyediakan 100 mg resveratrol. Resveratrol ini juga mengandungi resveratrol semulajadi sebanyak 98% kandungannya. Ini menunjukkan Vivix Shaklee adalah suplemen anti-penuaan terbaik. Ia sangat tulen dan unik.

Kebaikan resveratrol di dalam Vivix Shaklee ini bersamaan 3000 gelas arak merah. Tetapi Vivix Shaklee 10x lebih bertenaga daripada resveratrol. Dan ia TIDAK mengandungi alkohol sebaliknya Vivix Shaklee menggunakan bahan semulajadi yang terbaik dan bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh. Vivix Shaklee juga telah mendapat sijil HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Vivix, terdapat 2 lagi produk Shaklee yang mengandungi resveratrol iaitu #Res-VShaklee dan #CoQTrolShaklee.

Rujukan
  1. Higdon, J. Resveratrol. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2005. (Reviewed by Espin, JC in 2015). (Summary/Food Sources) http://lpi.oregonstate.edu/mic/dietary-factors/phytochemicals/resveratrol Accessed in July 2015.
  2. Lippi G, Franchini M, Favaloro EJ, Targher G. Moderate red wine consumption and cardiovascular disease risk: beyond the “French paradox”. Semin Thromb Hemost. 2010 Feb;36(1):59-70.PMID: 20391297.
  3. Donnelly LE, Newton R, Kennedy GE, et al. Anti-inflammatory effects of resveratrol in lung epithelial cells: molecular mechanisms. Am J Physiol Lung Cell Mol Physiol. 2004 Oct;287(4):L774-83. Epub 2004 Jun 4.PMID: 15180920.
  4. Wang H, Yang YJ, Qian HY, Zhang Q, Xu H, Li JJ. Resveratrol in cardiovascular disease: what is known from current research? Heart Fail Rev. 2012 May;17(3):437-48.PMID: 21688187.
  5. Tomé-Carneiro J, Gonzálvez M, Larrosa M, et al. One-year consumption of a grape nutraceutical containing resveratrol improves the inflammatory and fibrinolytic status of patients in primary prevention of cardiovascular disease. Am J Cardiol. 2012 Aug 1;110(3):356-63.PMID: 22520621.
  6. Aggarwal BB, Bhardwaj A, Aggarwal RS, Seeram NP, Shishodia S, Takada Y. Role of resveratrol in prevention and therapy of cancer: preclinical and clinical studies. Anticancer Res. 2004 Sep-Oct;24(5A):2783-840.PMID: 15517885.
  7. Higdon, J. Resveratrol. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2005. (Reviewed by Espin, JC in 2015). (Adverse Effects) http://lpi.oregonstate.edu/mic/dietary-factors/phytochemicals/resveratrol Assessed in July 2015.
  8. Higdon, J. Resveratrol. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2005. (Reviewed by Espin, JC in 2015). (Drug Interactions) http://lpi.oregonstate.edu/mic/dietary-factors/phytochemicals/resveratrol Assessed in July 2015.
Pengedar Shaklee Inanam

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
#VivixShaklee
#Res-VShaklee

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *