Produk Shaklee, Shaklee

Jom Kenali Produk – Vivix – Antioksidan

Kejayaan Revolusi dari Shaklee

Minuman Botani yang Lazat

Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix®, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.

Campuran Sempurna Polifenol

Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!

Keistimewaan #VivixShaklee

  • Dengan kemajuan saintifik, campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol™ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah.
  • Meningkatkan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Semulajadi – tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.
  • Proses pengekstrakan yang telah dipaten bantu mengekalkan bioaktif polifenol.
  • Dicipta daripada penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Kajian Landmark, salah satu kajian klinikal terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan suplemen dan Kajian Telomere.
  • Diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan dan kualiti semasa dicipta.
  • Minuman botani yang lazat.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.

POLIFENOL

Hadiah Alam untuk Kesihatan

Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.

Anggur MuscadineBuah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan Luar Biasa

Terima kasih kepada cuaca “ekstrim”, tempat dimana buah anggur muscadine tumbuh, jadi tidak hairanlah bahawa Anggur Muscadine digelar sebagai “Anggur Muscadine yang Berkuasa”. Ia bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa dari kedai runcit di tempat anda. Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.

Ekstrak Knotweed Jepun

Tinggi antioksidan

  • Menggalakkan kadar keradangan yang sihat.
  • Membaiki peredaran darah.
  • Menghalang pengumpulan platelet darah.

Ekstrak Lobak Ungu

Mengandungi antosianin

  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah.
  • Mengurangkan keradangan.

Ekstrak Eldeberi Eropah

Mengandungi antosianin

  • Meningkatkan perlindungan imun.
  • Mengandungi ciri anti-bakteria dan anti-virus.
  • Menggalakkan perkembangan sel normal dan sihat.

Antioksidan adalah bahan yang boleh melindungi sel anda dari kesan radikal bebas. Ia didapati secara semulajadi dalam makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin, kacang, biji, herba dan rempah-ratus.

Radikal bebas adalah molekul yang dihasilkan apabila badan anda memecah makanan atau terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, tekanan dan radiasi. Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam penyakit jantung, kanser dan penyakit lain.

MANFAAT KESIHATAN

4 Manfaat Kesihatan yang Hebat dari Polifenol

Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan anda.

1. Membersih dan Detoks

Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal.

  • Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 1
  • Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!
  • Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 2
  • Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.

2. Meningkatkan Tenaga

Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.

  • Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.
  • Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.
  • Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa – resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, 3 meningkatkan prestasi senaman.
  • Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam. 4

3. Kulit Berseri

Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit 4 untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri.

  • Meningkatkan pengeluaran kolagen 5 untuk kulit yang tegang.
  • Melicinkan garis halus dan kedutan 5 untuk kulit yang kelihatan lebih muda.

4. Meningkatkan Perlindungan

Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal.6,7,8,9 Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:

  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Kurangkan tekanan biologi dalam badan.

Rujukan

  1. Peiyuan H, et al. Resveratrol ameliorates experimental alcoholic liver disease by modulating oxidative stress. Evid Based Complement Alternat Med. 2017;2017:4287890.
  2. Renes J, et al. Calorie restriction-induced changes in the secretome of human adipocytes, comparison with resveratrol-induced secretome effects. Biochim Biophys Acta. 2014 Sep;1844(9):1511–1522.
  3. Dolinsky VW, et al. Improvements in skeletal muscle strength and cardiac function induced by resveratrol during exercise training contribute to enhanced exercise performance in rats. J Physiol. 2012 Jun 1;590(11):2783–2799.
  4. Bennett BT, et al. Effects of resveratrol on the recovery of muscle mass following disuse in the plantaris muscle of aged rats. PLoS One. 2013; 8(12): e83518
  5. Joi A. Nichols, S. K. (2010). Skin photoprotection by natural polyphenols: anti-inflammatory, antioxidant and DNA repair mechanisms. Archives of Dermatological Research, 71-83.
  6. Oxidative Medicine And Cellular Longevity, 2015, 1-14
  7. National Cancer Institute,. (2015). Tea and Cancer Prevention
  8. Rev Physiol Biochem Pharmacol. 2007;159:79-113
  9. Marouf BH et al. Resveratrol Supplementation Reduces Pain and Inflammation in Knee Osteoarthritis Patients Treated with Meloxicam: A Randomized Placebo-Controlled Study. J Med Food. 2018 Aug 30. doi: 10.1089/jmf.2017.4176. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/30160612


Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

3 Comments

  1. […] produk yang kaya polifenol yang dikeluarkan oleh Shaklee. Apa produknya? Terdapat 2 produk iaitu Vivix dan RES-V. Tapi harini saya nak bercerita tentang […]

  2. […] kita dah tahu terdapat beberapa produk Shaklee yang kaya dengan polifenol iaitu #VivixShaklee dan #Res-VShaklee ni kan. Jom kita kenal apa itu Polifenol dan apa kelebihan Polifenol ni […]

  3. […] di dalam #VivixShaklee 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol itu sendiri. Dan setiap hidangan Vivix Shaklee ( satu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *