Kita selalu je dengar pasal jeragat kan. Jeragat ni penyakit kulit ke? Siapa yang biasa ada jeragat ni? Untuk merungkai persoalam-persoalan tersebut, maka harini saya nak kongsikan mengenai JERAGAT, punca serta petua untuk menghilangkan jeragat ni secara tradisional. Stay tuneeeee.

Apa Itu Jeragat?
Sebelum kita beria-ia nak mencuba tips hilangkan jeragat atau nak ke farmasi untuk membeli produk hilangkan jeragat, eloklah sekiranya kita mengetahui puncanya terlebih dahulu.
Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda. Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia mungkin boleh memenuhi setiap ruang pada wajah.

Punca Jeragat
Sinaran Ultralembayung (UV)
Sinar UV selalu ditemukan melalui panaran matahari, lampu pendaflour, lampu halogen dan pada beberapa jenis laser. Manakala, pencahayaan wap merkuri yang terdapat di gim dan stadium juga mencetuskan terjadinya jeragat.
Pencemaran Dari Persekitaran
Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, Mama mungkin akan perasan terdapat bintik bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.
Faktor Keturunan
Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Mama tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan yang bersesuaian.
Produk Kecantikan Berbahaya
Pernah dengar produk timbang kilo. Bahan kandungan yang berbahaya mengakibatkan lapisan perlindungan kulit terhakis. Sinaran UV terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.
Tekanan Perasaan
Tekanan perasan menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.
Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:
#1. Ephelides
Ia disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.
Jeragat ini biasanya muncul pada bahagian badan yang terdedah kepada matahari seperti:
- Muka
- Lengan
- Bahagian atas dada
- Leher
- Belakang badan
Individu yang lebih berisiko untuk mengalami jeragat jenis ini adalah mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.
#2. Lentigin solar
Jenis jeragat ini biasanya muncul disebabkan faktor penuaan – khususnya pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Pendedahan berulang kepada sinaran matahari menjadi antara faktor mendasari kemunculan jeragat ini, terutamanya pada bahagian kulit terdedah seperti:
- Muka
- Bawah lengan
- Belakang tangan
- Dada
- Belakang badan
- Bahu
- Betis
Okay, kita dah tau punca dan bagaimana jeragat ni boleh terjadi. Hmmmm jeragat ni boleh dirawat ke? In shaa Allah boleh malah kalau cari produk siap memang ada beberapa produk penjagaan kulit muka yang memang berfokuskan masalah jeragat ni. Tapi kan kalau kita boleh hilangkan jeragat menggunakan bahan yang ada di dapur, why not? Tak salah mencuba kan. Meh saya sharekan 5 petua hilangkan jeragat secara tradisional.
Petua Hilangkan Jeragat

Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Sebatian aktif aloesin dalam lidah buaya berupaya melawan pigmentasi kulit. Dari masa ke masa, jeragat akan memudar dan akhirnya hilang secara semulajadi. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

Serbuk Kunyit
Curcumin dalam kunyit bukan hanya memberikan warna dan rasa tetapi ia juga mengurangkan penghasilan melanin pada kulit. Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita. Perawatan serbuk kunyit satu kali seminggu boleh menghilangkan jeragat di wajah.
Cara-cara hilangkan jeragat dengan serbuk kunyit:
- Satu sudu teh serbuk kunyit digaulkan bersama jus lemon.
- Kacaukan hingga menjadi sebatian yang pekat.
- Ratakan di seluruh kawasan yang berjeragat dan biarkan hingga kering.
- Kemudian, cuci dengan air bersih

Teh Hijau
Ramai yang minum teh hijau untuk kesihatan badan tapi tak ramai yang tahu bahawa ia mampu menghilangkan jeragat. Ternyata teh hijau dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan dapat menghalang penyerapan adrogen dalam kulit.
Sapukan pes teh hijau di seluruh wajah muka dan biarkan kering. Selepas itu, bilaskan muka menggunakan air suam.

Kulit Kayu Manis
Harumnya rempah kulit kayu manis, mujurlah selalu digunakan dalam masakan. Tapi sebenarnya kulit kayu manis amat berguna dalam menyokong penjanaan kulit semula.
Campurkan kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Madu merupakan antibiotic semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit wajah kita. Sapukan campuran pes tersebut ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilaskan muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Putih Telur
Memang baunya hanyir, tetapi percayalah ia amat bagus untuk menghilangkan jeragat.
Pastikan wajah muka anda dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan telur putih di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapukan lapisan kedua. Selepas kering sepenuhnya, basuhkan muka menggunakan air suam.
Mudahkan sebab semua yang tersenarai di atas tu kebanyakannya memang ada di dapur kita. Jadi terpulang pada kita nak pilih bahan mana yang bersesuaian. Selain itu saya nak juga share 3 tips untuk mereka yang mengalami masalah jeragat ni.

3 tips tersebut adalah:
Jangan Terlalu Urut Wajah
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.
Jauhi Sinar Matahari
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Jaga Pemakanan
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protein dan juga vitamin.
Semoga artikel kali ini membantu korang kat luar sana yang berhadapan dengan masalah kulit berjeragat.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.
[…] kena tengok doktor yang bertauliah dan selamat untuk membuat rawatan. Jangan lupa untuk lakukan petua hilangkan jeragat yang telah dihuraikan di atas agar anda dapatkan kesihatan kulit dengan […]