amalan gaya hidup sihat
Intermittent fasting, Kesihatan

5 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Praktikal

Dah menghampiri pertengahan 2023. Kita sering mendengar tentang kepentingan gaya hidup sihat kepada remaja, belia, remaja dan semua lapisan atau golongan masyarakat di kaca televisyen, majalah mahupun corong radio. Selepas pandemik Covid-19 ketara impak Stay-At-Home kepada kualiti hidup dan kesejahteraan.

amalan gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat ni bukan sahaja kita menumpukan bab kesihatan fizikal semata tapi bila kita kata pelaksanaan gaya hidup sihat, ia meliputi gaya hidup yang holistik. Kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan emosi serta kesihatan akal.

Jadi bagaimana caranya untuk kita menjalani kehidupan yang lebih baik? Mudah ke nak jalani gaya hidup sihat yang praktikal selepas pandemik ni? Di sini saya nak kongsikan 5 amalan gaya hidup sihat yang praktikal yang boleh dilaksanakan setiap hari.

Utamakan hubungan dengan Allah

amalan gaya hidup sihat

Antara yang menjadi teras dalam mencapai gaya hidup sihat. Pelaksanaan amal ibadah mengikut tatacara yang dianjurkan dalam Islam pastinya membawa banyak hikmah. Hubungan antara kita dengan Allah adalah hubungan yang paling utama dijaga selain hubungan sesama insan. Jika hubungan yang satu ini tidak dijaga, maka pincanglah seluruh hubungan yang lain.

Meletakkan keutamaan dalam hubungan dengan Allah ini adalah salah satu rahsia nabi junjungan kita, Rasulullah saw berjaya mengendalikan kehidupan baginda. Malah inilah juga yang baginda ajarkan kepada sahabat-sahabat malah kepada seluruh umat Islam. Namun kita kerap kali meletakkan hubungan yang satu ini, sebagai pilihan terakhir hanya ketika kita dilanda kesusahan. Jika begini, maka objektif kita untuk menjalani gaya hidup yang sihat takkan berjaya.

Pengambilan makanan yang berkhasiat

alam gaya hidup sihat

Bila masuk bab makan, rasanya rakyat Malaysia memang juara. Ini daripada kajian, sebanyak 42 peratus daripada 600,000 pekerja yang menjalani Saringan Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau HSP tahun lalu dikenal pasti mengalami masalah obesiti. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, analisa yang sama menunjukkan sebanyak 14.1 peratus mereka menghidap kencing manis, manakala 27.91 menghidap darah tinggi.

Kita di Malaysia ni memang sangat mewah dengan makanan. Tapi adakah pemilihan makanan kita makanan yang sihat atau makanan yang hanya sedap tapi bersifat “sampah”? Apa kategori makanan yang boleh dikategorikan bersifat “sampah” ni ya? Bila makanan yang kita ambil tidak menyumbangkan apa-apa nilai nutrisi dan hanya menyumbang pada berat dan jadi sumber penyakit. Contohnya, manisan dan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas.

Pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat ringkas ni selain dari menyebabkan berat badan bertambah, ia turut menyumbang pada penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan serangan jantung. Karbohidrat berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan disimpan menjadi storan lemak terutamanya pada organ. Malah pengambilan gula berlebihan turut mengganggu kesimbangan ketosis dan perubahan hormon terutamanya insulin, leptin dan ghrelin dalam badan.

Disebabkan itulah, perlunya kita untuk memastikan makanan yang kita ambil adalah berkhasiat dan kaya dengan nutrisi. Makanan dari unsur protein seperti ayam, telur dan daging antara contoh makanan yang high nutrient density. Selain kaya nutrien, makanan berunsurkan protein juga menyebabkan perut lebih cepat kenyang dan lambat rasa lapar.

Aktifkan dirimu

amalan gaya hidup sihat

Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum mulakan aktiviti  senaman berkala, apa kata korang cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah.

  • Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km) 
  • Gunakan tangga berbanding lif 
  • Parkir kereta jauh daripada ofis
  • Regangkan badan selama 10 minit bagi setiap 1 jam 
  • Rajinkan buat kerja rumah (menyapu, mengemop) 

Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai contohnya menari, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.

“Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas”
 

Pepatah Arab

Jagalah kesihatan mental

amalan gaya hidup sihat

Tiada gunanya jika badan sahaja sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.

Ini beberapa aktiviti untuk menjaga kesihatan mental:

  • Kajian telah membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa juga adalah salah satu bentuk meditasi. Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia, lupakan seketika semua masalah, ia adalah masa kita dengan Tuhan. Kemudian luahkan semuanya dalam doa anda.
  • Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda anda sentiasa muda dan aktif. Anda boleh mula menulis, melukis, berkebun atau belajar muzik. Luangkan sekitar 10-15 minit sehari pun sudah memadai.
  • Luangkan masa dengan alam sekitar. Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan ibu kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai, berjalan-jalan di taman awam atau mendaki bukit. Melihat kehijauan alam juga terbukti baik untuk mata anda

Rehat dan tidur yang cukup

amalan gaya hidup sihat

Rehat dan tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 5-6 jam sehari.

Dalam Islam, sunat untuk kita tidur sebentar sebelum waktu Zuhur disertakan dengan niat untuk melaksanakan qiyamullail. Ini dinamakan qailullah, tapi dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil power nap. Hikmah kita tidur sebentar waktu tengahari dan berniat untuk bangun malam, kita akan beroleh pahala. Wah bestkan, tidur pun dapat pahala korang. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.

Jadi senang tak sebenarnya nak amalkan gaya hidup sihat ni? Tak susah pun sebab ia memang menjadi rutin harian kita. Cumanya mungkin kerana ada beberapa kekangan yang kita rasakan susah maka kita akan rasakan gaya hidup sihat ni susah walau sebenarnya tidak. Mulakan dengan perkara kecil dahulu in shaa Allah pasti mudah kemudiannya.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.


You may also like...

1 Comment

  1. […] tak sihat, bagaimana kita nak beribadah dengan sempurna? oleh itu hargai peluang ini dan jalankan amalan gaya hidup sihat sesegera mungkin. Bukan esok atau lusa akan tetapi detik ini lah masa yang harus anda buat. Kita […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *