Intermittent fasting, Shaklee, Testimoni Shaklee

Set Hello New You untuk Siapa?

Sebelum ni saya pernah menulis tentang manfaat Set Hello New You ni. Tapi sebenarnya set ni memang untuk orang yang nak kurus je ke atau sesiapa pun boleh ambil set ni? Jadi harini saya nak sharekan siapakah mereka yang boleh menggunakan Set Hello New You dan beberapa testimoni pengguna set ini. Teruskan membaca ya.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, satu daripada dua penduduk dewasa Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Salah satu faktor pendorong yang tidak dapat dinafikan ialah pandemik Covid-19 di mana penduduk Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah, kurang melakukan aktiviti fizikal dan makan apabila berasa tertekan. Jagalah kesihatan dan urus berat badan.

Bila sebut berat badan berlebihan kita akan terus kata kena diet. Tapi apakah diet tu perlu? Diet tu apa sebenarnya? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan diet membawa maksud; makanan dan minuman yang biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu atau jenis dan banyaknya makanan yang ditetapkan oleh seseorang untuk tujuan tertentu. Amalan diet yang seimbang tidak boleh dilakukan jika tiada ilmu berkenaannya. Ilmu diet ini tidak semestinya dipelajari di dalam kelas malahan boleh diperolehi menerusi laman sesawang yang berkaitan. Jika korang terus melakukan amalan diet tanpa ilmu yang betul, ia boleh menjejaskan dan memudaratkan kesihatan diri.

Jadi adakah benar hanya mereka yang berlebihan berat badan sahaja yang perlu plan diet? Tidak sebenarnya. Mereka yang perlukan Set Hello New You adalah:

  • Mereka yang ingin langsing dan menurunkan berat badan
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengambil makanan yang bernutrisi
  • Mereka yang terlalu kurus dan ingin meningkatkan berat badan dengan lebih sihat
  • Mereka yang nak sentiasa sihat dan menstabilkan berat badan mereka

Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, program “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan.

  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten

Di bawah ini saya kongsikan beberapa testimoni mereka yang dah mengamalkan Set Hello New You.

Norsyaheera bt Young Rockie
Turun 11 kg
Rasa lebih segar dan lebih ringan!

Selepas bersalin, terlalu sukar untuk saya mencapai Indeks Jisim Badan (BMI) yang normal. Nafas saya mula tercungap-cungap dan kaki juga mudah terasa sakit apabila berdiri terlalu lama. Selepas mengamalkan Intermittent Fasting dan mengambil produk-produk Shaklee, saya berjaya menurunkan berat badan dan kembali ke BMI yang normal dan sihat. Badan saya juga terasa lebih segar dan ringan. Kini saya juga berasa lebih bertenaga untuk menjaga anak-anak saya.

Aida Suhana Ismail
Turun 10kg!
Hello diriku yang baru

Saya memang suka makan makanan yang manis. Tanpa disedari berat badan saya makin meningkat sehingga menyebabkan berat badan saya meningkat dan saya mudah merasa penat. Tumit saya juga berasa sakit ketika berjalan. Sejak diperkenalkan dengan Shaklee, saya tidak lagi menoleh ke belakang kerana apa yang saya perolehi kini lebih banyak daripada yang saya hilang. Saya berasa lebih bertenaga, kulit lebih berseri dan saya turut mengamalkan pemakanan sihat. Anda perlu bertekad memulakan perjalanan menurunkan berat badan untuk lebih sihat dan meneruskan usaha untuk merubah penampilan diri anda

Umi Syafiqah Mohd Hisham
Turun 3kg
Semakin Sihat
Selepas kehamilan ketiga, saya sukar untuk menurunkan berat badan. Selepas mengambil produk Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat, akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan! Saya sangat gembira kerana boleh menggayakan semula pakaian sebelum hamil. Shaklee memang benar-benar berkesan!

Siti Maimunah bt Baharudin
Turun 40kg
Dari 4XL ke M!
Sebagai wanita bersaiz besar, saya memang berdepan dengan pelbagai isu seperti kritikan terhadap diri sendiri, nilai diri, kulit kusam dan sakit kaki. Ketika bertekad untuk mengubah gaya hidup, saya menemui Shaklee. Saya berjaya menurunkan berat badan dan kesihatan juga bertambah baik. Kini, saya berasa lebih gembira dan yakin. Jom jalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee!

So korang dah bacakan testimoni diorang ni. Cemana? Best ke best? Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

3 Comments

  1. […] sekali dengan keinginan anda bukan? nak kurus dan bergaya dengan Set Hello New You ni. Jadi jangan sedih dan malu, anda patut dapatkan Set ini. Memang berbaloi sekali denan kesannya. […]

  2. wah mantap kesan set hello new you ni. terima kasih perkongsian sis.

    1. Alhamdulillah,serasi dan berkesan dengan pengambilan yg betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *