motivasi
Motivasi

Motivasi Buat Diri – Banyak Memberi Manfaat

Kita adakalanya akan ada rasa down. Lelah dengan kerja yang tak habis-habis mungkin. Dan masa tengah down ni, masa terbaik untuk kita boost kembali semangat diri. Bukan tak boleh layan rasa down tapi kalau kita layan, ada tak manfaat buat diri kita dan mereka yang sekeliling kita. Takde kan. Jadi adalah lebih baik untuk kita cepat-cepat bangkit dan naikkan semula semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Dan untuk diri saya, jika tengah lemau dan down, saya akan mencari buku serta kata-kata motivasi yang boleh jadi energy booster.

motivasi

Antara kata-kata motivasi yang saya jadikan pegangan saya adalah salah satu Sabda Rasulullah SAW seperti di bawah:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, mereka dimuliakan ALLAH SWT ialah manusia sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah Subhanahuwata‘ala mahupun di sisi manusia in shaa Allah.

Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya? Adakah tindakan yang dibuat ada sesuatu yg mendatangkan kebaikan bukan saja kepada diri malah orang lain?

Manfaat ini juga bukan saja terhad kepada pemberian fizikal seperti wang atau barangan tapi boleh juga dengan pertolongan tenaga, masa, perkongsian ilmu dan lain-lain. Bergantung kepada kemampuan masing-masing, kita semua boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Bahkan jika anda mempunyai lebih rezeki dan kaya, bukankah ia boleh digunakan untuk membantu lebih ramai orang lain? Bahkan sebenarnya memberi manfaat tidak tertakluk kepada manusia semata. Berbuat baik kepada haiwan jalanan turut membawa banyak manfaat, jika tidak masakan ada kisah seorang wanita yang memberikan air kepada seekor anjing kehausan dan asbab perbuatannya itu, dia dimasukkan ke syurga.

motivasi

Menjadikan hidup bermanfaat dengan memberikan manfaat kepada orang lain, maka manfaat tersebut akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah azza wajalal di dalam Surah Al-Isra’ ayat 7

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ

“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri” (QS. Al-Isra:7)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ الله فِي حَاجَتِهِ

“Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Malah dalam salah satu hadith juga, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ الله عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ, ةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ الله عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Barang siapa yang memudah kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat” (HR. Muslim).

Jadi saya harap kali ni perkongsian saya dapat memberi sedikit inspirasi buat korang kat luar sana. Moga kita dapat sama-sama bangkit dan terus membuat kebaikan untuk menjadikan diri kita sangat bermanfaat. Dan moga apa jua kebaikan yang Allah izinkan kita buat, mendapat rahmat dan redha dariNya. Kerana di dunia sahaja tempat kita boleh menebar kebaikan, di akhirat adalah masa kita menuai.

pengedar shaklee inanam

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

4 Comments

  1. terima kasih kata-kata motivasi yang cukup bermakna bagi saya. alhamdulillah.

    1. untuk diri sendiri jugak ni kaknil. moga bermanfaat untuk kita semua

  2. Alhamdulillah..
    sama2 jadi orang bermanfaat kepada orang lain

    1. in shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *