Kehidupan, Kisah AdDen

Juadah Open House Hari Raya Yang Meriah

Sambutan hari raya yang lalu merupakan antara pengalaman terbaru buat saya. Jika sebelum ini, saya biasa beraya di negeri-negeri yang terletak di utara Malaysia, tapi kalini saya diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai suasana beraya di negeri di bawah bayu pula.

Kebanyakan juadah ketika beraya ni dimonopoli oleh mereka yang berbangsa Bugis. Di Sabah, kaum terbesar mereka adalah Kadazan Dusun dan mereka ini majoritinya beragama Kristian. Masyarakat beragama Islam pula majoriti dari bangsa Bugis dan Jawa. Oleh sebab itu, tak pelik jika makanan hari raya banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Bugis. Mari saya ceritakan juadah hari raya yang sempat saya nikmati sepanjang beropen house hari raya di Kota Kinabalu ye.

1) Burasak

open house raya

Burasak atau buras merupakan makanan tradisi yang popular kaum bugis setiap kali perayaan atau majlis kenduri. Makanan ini merupakan hidangan utama bagi kaum Bugis dan biasanya dihidangkan bersama lauk-pauk seperti ayam masak merah, rendang, dan macam-macam lagi!

Burasak ialah nasi yang dikukus bersama santan dan dibaluti dengan daun pisang nipah. Bentuk bungkusan burasak ini sama seperti lepat pisang tetapi agak sedikit leper dan dibungkuskan 5 atau 4 sekaligus dan diikat dengan tali agar bungkusan tidak terbuka semasa mengukusnya.

Burasak memerlukan 4 jam dan lebih untuk mengukusnya bagi memastikan nasi didalam bungkusan betul-betul lembut dan mampu tahan selama 2 hingga 3 minggu atau lebih kerana ianya boleh disejuk bekukan.

2) Tumbu’

open house raya

Selain burasak, tumbu’ merupakan adalah hidangan tradisi masyarakat Bugis yang popular pada musim perayaan terutamanya. Tumbu’ dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan. Menggunakan alat spesifik dalam pembuatannya dan berbentuk silinder. Tumbu’ juga dibungkus menggunakan daun pisang. 

Sekali imbas, tumbu’ ni macam lemang kalau di semenanjung. Bezanya lemang dibakar manakala tumbu’ dikukus. Ada yang cakap, tumbu pulut hitam lagi sedap dari pulut putih. Betulkah? Saya berkesempatan merasa kedua-duanya, personally saya lebih sukakan tumbu’ pulut hitam.

3) Ayam Likku

open house raya

Ayam masak lengkuas atau nama lainnya Likku juga makanan Bugis yang popular dimakan dengan Burasak. Makanan ini juga merupakan hidangan kegemaran bagi masyarakat Bugis yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Tawau dan Sandakan. Untuk pengetahuan korang, Likku adalah bermaksud lengkuas dalam bahasa Bugis kerana lengkuas merupakan bahan utama dalam masakan tersebut.

Yang ni rasanya sedap. Rupa paras seakan ayam ungkep (masakan orang jawa) yang bezanya masakan ini menggunakan lengkuas yang banyak serta menggunakan santan. Macam rendang ayam juga tapi ada beza rasa sedikit. Yang tak tahan pedas, sangat sesuai makan ayam likku ni.

4) Ayam palekko

open house raya

Selain ayam likku, buras dan tumbu’ juga boleh dimakan dengan ayam palekko. Ayam palekko ni macamana pulak. 1 ciri yang ketara, masakan ayam palekko ni pedas. Ye pedas sebab guna cili kampung atau lada putih Sabah.

Untuk ayam palekko, potongan ayam lebih kecil. Ada ayam palekko yang dimasak berkuah dan ada juga yang kering. Kalau nak tau, rempah segera untuk ayam palekko ni pun ada dijual di tamu di Tawau. Berbanding ayam likku, saya lebih sukakan rasa ayam palekko. Biasanya kalau buat ayam palekko ni saya masak sedikit berkuah dan sedap dinikmati bersama nasi panas. Nyaman sungguh rasanya.

5) Coto Makassar

open house raya

Salah satu juadah hari raya yang agak famous juga di Sabah ni. Sebutannya coto ye tapi actually ia adalah soto. Cuma orang Makassar menyebutnya coto. Beza dengan soto biasa yang saya makan, coto Makassar ni agak berlemak. Mula-mula ingatkan ada campuran santan. Rupanya tidak. Tetapi coto Makassar ni kuahnya ada diletakkan serbuk kacang tanah. Sebab tu lah ia rasa berlemak dan nampak agak bersantan.

Pengalaman merasai juadah masyarakat Bugis semasa open house raya ni memang sangat mengujakan. Apatah lagi bila sahabat handai meraikan ibarat keluarga. Memang terasa ukhuwah islamiyyah. Makanan yang sedap dan layanan yang tip top sangat dekat di hati saya. Moga selepas ni dapat meraikan lagi hari raya bersama mereka, in shaa Allah.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *