Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang wajib diambil oleh kita. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. Oleh sebab itu, pengambilan vitamin C memang perlu diambil dari sumber luar sama ada dari makanan harian atau suplemen tambahan.

Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee
1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung
Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.
2. Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release)
Sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500 mg (1 tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan.
Ini dapat memastikan tiada pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.
3. Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus
Bioflavonoid Sitrus membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan vitamin C dan bertindak secara sinergi dengan vitamin C, jadi dapat tingkatkan kadar penyerapan vitamin C. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.
4. Tablet kandungan vitamin C bersamaan 500mg dan bersamaan RM 0.43
1 tablet vitamin C bersamaan 500 mg dan juga bersamaan 7.5 biji oren, 6 cawan brokoli dan 119 biji lobak merah.
Anggaran harga 7.5 biji oren = RM 13.50
Anggaran harga 6 cawan brokoli = RM18
Anggaran harga 119 biji lobak merah = RM 71.40
So, jimat sangat kan ?
5. Mempunyai ujian klinikal yang dijalankan
Ujian klinikal yang dijalankan telah membuktikan pengambilan 2 tablet vitamin C dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Apakah Fungsi Vitamin C?
Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan *suplemen vitamin C*. Vitamin C membantu :
1. Meningkatkan Kesihatan Imun dan Sistem Saraf
Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai keperluan vitamin C yang mencukupi, mampu mencegah jangkitan berbanding mereka dengan kekurangan vitamin C.
2. Meningkatkan Penyembuhan
Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan luka yang lambat sembuh. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.
3. Menyokong Penyerapan Zat Besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan besi, mineral penting untuk pembentukan normal selsel darah merah dan hemoglobin.
4. Menghasilkan Kulit Bebas Noda Tanpa Cela
Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih sekata.
Tanda badan kekurangan Vitamin C
Sekiranya seseorang tidak mengambil Vitamin C secukupnya, dia mungkin akan mula menunjukkan tanda-tanda kekurangan. Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam badan adalah seperti berikut:-
- Kulit menjadi cepat kering dan lebih kasar.
- Cepat stress
- Wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar (kedutan dan garis halus kelihatan)
- Mudah demam dan selsema
- Luka sukar dan mengambil masa untuk sembuh
- Gusi bengkak dan berdarah
- Rambut menjadi lebih kering dan bercabang-cabang
Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee





Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.