Assalamualaikum semua pembaca blog saya. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Harini dah masuk hari ke9 dalam bulan Syawal. Sekejap je kan. Rasa macam baru je puasa ni dah raya pulak.

Alhamdulillah kali ni giliran beraya di bumi borneo. First time la kiranya saya beraya di sini. Pengalaman pertama yang mengujakan. Yang seronoknya tak sabar nak tengok apa juadah yang disediakan. Pasti ada sedikit kelainan, betul tak?
Okay masa raya pertama tu, selepas je melaksanakan solat sunat hari raya, suami terus ajak saya ke Bongawan. Daerah kecil selepas Papar. Rupanya suami ada sahabat dan keluarga sahabat tu dah anggap kami ni macam keluarga mereka. Seronok sebab rumah sahabat suami ni terletak di dalam kampung yang mana adik beradik sedara mara tu duduk sekampung. Jadi beraya kawasan sekitar tu dah boleh cover dah seluruh ahli keluarga.

Di sini, makanan yang biasa dihidangkan semasa raya adalah burasak, kelupis, tumbuk dan ini dihidangkan dengan ayam likku, rendang ayam, sambal kacang. Tak banyak beza pun dengan kita di semenanjung. Bahan asas masih beras dan pulut cuma cara masak dan rupa parasnya yang berbeza. Alhamdulillah merasa la makanan masyarakat Bugis semasa menziarahi sahabat ni.
Lepas je menziarahi mereka dan beberapa buah rumah lain, suami ajak saya eksplorasi bumi Sabah ni pula. Biasanya nak ke Bongawan ni kami lalu Papar tapi kalini untuk pulang ke Kota Kinabalu, suami ajak lalu jalan jauh pula. Laluan Kimanis-Keningau-Tambunan-Penampang-Kota Kinabalu. Tu dia berapa daerah tu kan. Yang menariknya, laluan ni semua adalah laluan di Banjaran Crocker tau. Banjaran terpanjang di bumi Borneo ni.

Perjalanan raya dah jadi perjalanan yang mencabar pulak kan hahaha. Ye lah ada ketika jalannya macam 45 darjah tinggi dan mendaki. Ada kala rasa macam nak semput dah kereta yang kami naik tu. Memang tinggi dan laluannya sangat cantik. Melalui kawasan hutan simpan yang masih terjaga rapi sangat mendamaikan hati. Perjalanan raya kalini memang sangat indah. Menelusuri jalan dan melihat keindahan ciptaan Allah membawa satu perasaan yang hening.
Perjalanan kami balik ke Kota Kinabalu tu amik masa lebih 4 jam. Bayangkan 4 jam mendaki dan menuruni jalanan berbukit bukau, pasti badan-badan sakit semua kan. Alhamdulillah sepanjang bulan Syawal ni, saya memang pastikan 2 produk Shaklee ni sentiasa ada sebagai bekalan kami. 2 produk tu adalah Ostenutrix dan Nutriferon.

Kenapa penting 2 produk ni ya? Sebabnya masa musim begini, beraya dengan Shaklee adalah momen yang penting juga. Beraya, makan macam-macam, menziarahi dari pagi sampai ke malam. Berjumpa pelbagai orang yang tua mahupun muda. Bila dah beraya, lebih banyak kita terexpose lebih mudahlah ada jangkitan. Apatah lagi ketika raya ni, covid-19 dikatakan kembali rancak juga. Maka sebagai langkah berhati-hati saya pastikan saya dan suami mengambil Nutriferon setiap hari sebagai immune booster dan juga Ostenutrix untuk kembali menyegarkan dan meredakan lenguh-lenguh badan selepas seronok beraya seharian.
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.
Saya pun makan burasak. Tapi saya bugis johor hehe. Selamat hari raya ๐
wahhh bugis johor makan burasak dengan asam pedas ye. kat sini lauk lawannya lain pulak. Selamat hari raya
wahh meriah raya dengan hidangan yang nampak menyelerakan. selamat hari raya.
Alhamdulillah sedap kak nil. Selamat hari raya
Waalaikumussalam. Wah bestnya beraya sambil tengok nature๐. Hana suka ๐
pengalaman baru ni hana. memang enjoy. Alhamdulillah