Kisah AdDen

Hinava – Makanan Autentik Masyarakat Kadazan Dusun di Sabah

Cer korang teka ni apa?

Popular di kalangan masyarakat Sabah. Namanya Hinava. Turut dikenali sebagai Hinava Ginapan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau.

Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ia adalah makanan mentah yang tidak dimasak menggunakan api. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan garam.

hinava makanan autentik

Kalini hinava ni menggunakan ikan tenggiri. Boleh je menggunakan udang dan sotong. Tapi saya hanya pernah cuba hinava ikan sahaja.

Hinava selalunya dihidangkan sebagai menu harian dan menjadi hidangan wajib untuk hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan atau hari keramaian seperti Pesta Menuai/ Kaamatan. Ia lebih enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal pedas.

Mula-mula tu cuak gak lah kan nak try tapi bila en suami Den Ny kata sedap, amiklah sesudu. Lepas dah rasa sesudu tu memang bersudu-sudulah pulak lepas tu kan. Tak hanyir langsung dan rasa ikan tu memang sangat fresh. Sedap sangat bila dihirup pula kuahnya yang masam-masam pedas gitu. Kalau gini laku lauk dari nasi 😆.

Saya tak pandai nak buat hinava ni tapi saya beli online bila ada sorang seller ni jual. Banyak makanan Sabahan saya belajar dari dia. Antaranya serunding tuhau, sambal bambangan dan linopot. Makanan lain ni nanti saya tulis dalam entry lain ya.

Satu kepuasan bila dapat mencuba makanan tradisional masyarakat Sabah ni. Rugi la bila Allah bagi peluang tapi kita pulak taknak ambik kan.

pengedar shaklee inanam

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *