Promosi Shaklee, Shaklee, Testimoni Shaklee

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah, Biar Betul?

Assalamualaikum semua. Korang dah tahu kan pasal promo bulan ni. Promo yang harga rahmah tu. Ye bulan ni promo Set Kulit Cantik Harga Rahmah tengah berlangsung. Harga sangat berbaloi berbanding harga biasa dan kalau nak dapat harga lebih berbaloi, join je jadi ahli. Produk dapat, harga murah pun dapat. Jadi kalini bersempena dengan promo yang best tu, saya nak share dengan korang bagaimana Set Vitamin Kulit Cantik ni boleh membantu korang nak dapat kulit yang lebih sihat dan cantik. Teruskan membaca tau.

set kulit cantik

Vitamin C dalam Shaklee ada 2 jenis. Iaitu yang jenis chewable dan jenis Sustained Release. Untuk promosi vitamin kulit bulan ni, Sustained Release Vita-C Plus menjadi pilihan. Pengambilan vitamin C secara konsisten membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Bagaimana vitamin C berfungsi dalam penjagaan kulit?

Vitamin C untuk membantu melawan penuaan

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi akibat pendedahan pada cahaya matahari. Vitamin C sebagai vitamin kulit juga membantu menjadikan tona kulit lebih sekata.

Vitamin C untuk penyembuhan luka jerawat

Vitamin C ini berperanan pada setiap tahap penyembuhan luka. Sebagai vitamin kulit, Ia juga boleh meningkatkan elastisiti kulit serta membentuk tisu parut dan ligamen yang membantu proses penyembuhan luka menjadi lebih cepat. Hal ini disebabkan vitamin C mempunyai peranan penting dalam pembentukan kolagen.

Vitamin C untuk merawat kerosakan akibat cahaya matahari

Vitamin C merupakan salah satu antioksidan kuat. Ia boleh membantu merawat dan mengatasi masalah kulit akibat sinaran cahaya matahari. Ini kerana antioksidan di dalam vitamin C berupaya melawan radikal bebas yang menjadi salah satu penyebab kerosakan kulit. Radikal bebas terbentuk apabila kulit terdedah secara terus kepada sinar ultralembayung. Ia boleh terjadi apabila oksigen berinteraksi dengan beberapa molekul di dalam kulit. Molekul ini kemudian masuk ke tubuh dan bereaksi dengan DNA sehingga menyebabkan kerosakan sel. Pengambilan vitamin kulit ini boleh membantu melindungi kulit dari kerosakan.

Vitamin C untuk mencerahkan kulit wajah

Bukan rahsia lagi, salah satu kebaikan vitamin C sebagai vitamin kulit adalah untuk mencerahkan kulit yang kusam. Vitamin C mampu menghalang kerja melanosit (sel yang menghasilkan warna gelap pada kulit). yang menyebabkan kulit kelihatan kusam.

Set kuli cantik

Produk kedua yang ada dalam Set Kulit Cantik ini adalah ESP Soy Protein. Pengambilan ESP Soy Protein secara konsisten membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Bagaimana ia berfungsi dalam penjagaan kulit?

Protein untuk penghasilan kolagen yang padat

Protein menyokong sintesis kolagen tubuh. Kolagen mewakili protein yang paling banyak di dalam tubuh kita dan digunakan dalam beberapa fungsi tubuh untuk memastikannya sihat. Ia asas untuk otot, tendon dan kulit kita kerana kolagen meningkatkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan.

Protein untuk pembinaan sel dan struktur kulit

Protein membina tubuh seperti batu-bata yang membina rumah. Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan termasuklah kulit.

Protein untuk keanjalan kulit

Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. Berfungsi sebagai vitamin kulit, ia membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Protein untuk mempercepatkan pemulihan dan pembaharuan sel

Protein adalah salah satu nutrien penting untuk tubuh badan kita memperbaharui dan menghasilkan semula sel. Ia membantu memperbaiki tisu yang rosak dan menyokong antibodi untuk melawan jangkitan dan menghasilkan kolagen bagi mempercepatkan pemulihan luka.

Di bawah ini juga saya kongsikan beberapa testimoni mereka yang dah mengamalkan Set Kulit Cantik ni.
.

Vitamin Cantik Harga Rahmah

Vitamin Cantik Harga Rahmah

Vitamin Cantik Harga Rahmah

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

6 Comments

  1. Wah murahnya set kulit cantik ni. Berbaloi beli dan amalkan. Terima kasih info sis.

    1. Ye bulan ni je tau promo. Memang berbaloi

  2. Waalaikumussalam. Menariknya Set Kulit Cantik Shaklee bulan ni 😍❤

    1. Kannn rugi kalau tak grab set ni

  3. SubhnAllah. Best sangat set niii

    1. Ye benar sis. set ni memang best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *