Nak buat bisnes tapi macam susah je. Kena ada modal besar, lepas tu macamana sistem pulak. Belum fikir lagi penerimaan pelanggan macamana. Dah lah tu, sekarang masih bekerja macamana pulak nak berbisnes. Ada tak yang fikir macam ni bila idea tentang bisnes tu terlintas. Macam tu juga la saya. Mula-mula berbisnes sebab memang suka menjual. Income sampingan masa tu belum terfikir tapi mungkin sebab dari kecik dah terdedah dengan bisnes kedai runcit oleh keluarga jadi genetik suka nak menjual lahir secara semulajadi.
Produk pertama saya jual adalah kerongsang lepas tu tudung kemudian kuih raya pula. Tapi benda macam ni agak bermusim. Masa tu pelanggan saya adalah para staff dan pekerja di kilang tempat saya bekerja. Sebab bisnes suka-suka jadi taklah fikir untung rugi sangat. Sampailah satu masa tu saya terfikir, kenapa saya taknak buat bisnes betul-betul ye?

Masa ni saya dah mula consume produk Shaklee. Dan bila risik-risik cemana nak join dan jalankan bisnes Shaklee ni, upline saya kata hanya dengan buat BISNES ONLINE. Ye masa tu bisnes online ni belum femes macam sekarang, masa tu tahun 2013 camtu. Masih di awal-awal. Jadi masa tu memang tak fikir panjang, terus daftar dan mula lah menjual.
Kenapa saya pilih bisnes online Shaklee? Kalau nak tau kenapa, di bawah ni saya senaraikan sebab saya join Shaklee dan sebab saya buat bisnes secara online.
i) Keterbatasan masa dan peluang untuk keluar
Memandangkan saya nak buat bisnes secara part time, maka saya kena fikirkan cara terbaik nak uruskan bisnes. Penting sangat sebab selain kerja hakiki, saya juga punya keluarga yang perlu dijaga dan diambil berat. Jadi saya tak nak bisnes menyebabkan saya mengabaikan keluarga. The best way adalah berbisnes online. Dengan platform blogging dan media sosial, Alhamdulillah, sangat membantu. Tak perlu beli gajet mahal pun, sebuah telefon pintar cukup untuk menjadi medan berbisnes.
ii) Modal rendah
Kita nak buat bisnes sebolehnya memang nak untung kan. Mana la ada yang nak rugi. Jadi kalau nak untung kena cari plan bisnes yang bermodal rendah. Shaklee jawapan untuk saya. Hanya mendaftar RM35 dan korang dah boleh bergelar Pengedar Bebas Shaklee ATAU Beli produk Shaklee bernilai sekurang-kurangnya 100UV (kira-kira RM350) untuk sertai Shaklee secara PERCUMA. Murah dan pastinya berbaloi. Dan yang seronoknya, nak mendaftar keahlian pun boleh je buat di website tak perlu nak bertemu muka. Menarik kan bisnes online Shaklee ni?

iii) Tidak perlu simpan stok
Dalam Shaklee terutamanya dalam kumpulan kami, tiada istilah stock up atau beli produk banyak-banyak baru jual. Shaklee menyediakan platform online yang lengkap, di mana jika kita mempunyai pelanggan luar kawasan kita, pembelian masih boleh dilakukan secara online. Hanya klik di sistem kemudian masukkan order, letakkan alamat pelanggan dan buat pembayaran (online atau CDM). Melalui sistem ini juga, kita boleh memantau order kita selamat diterima oleh pelanggan atau tidak. Sistem online Shaklee memang effisien.
iv) Hanya membuat pemasaran sahaja
Ramai yang kata bila nak berbisnes kena buat semua A to Z sendiri. Ishhhh letih wei kalau gini. Ye tak dinafikan memang ada yang bermula dengan membuat produk sendiri. Tapi saya memilih Shaklee kerana saya tak perlu pening-pening tentang formula produk, analisa produk, persijilan produk dan sebagainya. Join Shaklee dan belajar serba sedikit tentang produk dah boleh menjual. Pemasaran produk pula kita boleh je buat secara offline dan online.
v) Sesuai diniagakan oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas
Hahahaha macam kelakar pulak statement di atas kan. Ye bisnes Shaklee boleh dimulakan seawal usia 18 tahun sehingga akhir hayat. Di Shaklee ramai je warga emas yang menceburkan diri. Sebabnya mereka dah merasai kesan produk Shaklee tu sendiri. Yang bestnya, produk Shaklee ni tak perlu pun spesifik jantina, spesifik tempat atau orang tertentu je yang boleh menjual. Bisnes Shaklee ni merentas masyarakat amnya.

vi) Sistem sokongan yang padu
Bab yang ni memang saya puji pihak Shaklee. Sebenarnya, in between saya meniaga Shaklee, saya ada juga join beberapa syarikat yang berbisnes juga secara online. Tapi masalahnya bila sistem pemasaran selalu bertukar serta sistem sokong yang juga kerap berubah. Berbeza dengan Shaklee, sentiasa ada continuous improvement untuk para pengedar. Bukan bercakap berkaitan rewards tetapi sistem sokongan berkaitan produk, latihan, teknik pemasaran serta website interface Shaklee membantu pengedar sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. Tak cukup di website, Shaklee turut menyediakan platform Telegram untuk rujukan perihal produk. Barulah betul-betul kita berbisnes online dengan Shaklee.
So cukuplah rasanya kan 6 sebab kenapa Shaklee Bisnes Online ni menjadi bisnes online terbaik di Malaysia. Yang baru nak mencuba berbisnes, saya memang sangat menyarankan untuk korang try dulu join Shaklee. Memang mudah. Keyword kena rajin dan tak jemu belajar.
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.
Bestnye bisnes shaklee.
Alhamdulillah memang serasi dengan jiwa
Betul. Bisnes online lebih mudah kita nak urus masa. Tambah lagi bisnes Shaklee, yang memang dipercayai. Terbaik!
Alhamdulillah. Allah lorongkan ke bisnes SHaklee ni.
[…] ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi […]
[…] ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan […]
[…] ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi […]
[…] saya kongsikan kali ini. Jika ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi […]
[…] ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan […]
[…] ada yang ingin tahu berkenaan bisnes Shaklee boleh je klik di sini Shaklee Bisnes Online. Dan jika nak tau apa kelebihan join Shaklee sebagai ahli boleh baca di sini pula Kelebihan Jadi […]