murug turug
Kisah AdDen

Murug Turug Eco-Tourism, Tamparuli – Kehebatan Ciptaan Ilahi

Sebelum ni saya throwback kisah saya dan suami hiking Bukit Merah Karambunai. Hari ni saya nak ajak korang saksikan keindahan dan nikmat anugerah dan kebesaran Allah akan ciptaanNYa. Tempat yang saya nak kongsikan dengan korang namanya Murug Turug.

murug turug

Eko Pelancongan Murug Turug atau juga Murug Turug Eco-Tourism (MTET) adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Pusat eko pelancongan ini terletak di Kampung Minangkob, Tamparuli iaitu kira-kira 55 km ataupun lebih kurang 1 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pusat eko pelancongan ini sangat sesuai kepada yang berminat dengan aktiviti meredah hutan dan kini ia semakin menjadi tempat tumpuan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara apabila mereka datang ke Sabah.

Walaupun kawasan eko pelancongan ini mempunyai 7 air terjun kesemuanya namun korang boleh memilih pakej-pakej yang disediakan sama ada ingin pergi ke air terjun utama saja, boleh juga pilih untuk pergi ke 3 kawasan air terjun dan pakej ketiga adalah pakej untuk pergi kesemua air tejun yang ada di sini. Jadi ia adalah terpulang untuk memilih pakej mana yang dirasakan sesuai dengan bajet dan stamina, sebab korang akan berjalan meredah hutan untuk ke air terjun ini jadi stamina mesti pun mesti kuat juga supaya perjalanan ke sini akan lebih lancar dan tidak ada masalah.

Sebenarnya di awal perjalanan tu memang tak sangka la nak pergi mandi air terjun pun kena hiking juga ke. Ye lah biasanya kalau di semenanjung, kita akan terus ke air terjun, parking kereta dan cari port untuk kita berkelah dan mandi. Terus nampak air terjun je kan. Takde pun nak kena hiking masuk hutan ke apa semata nak mandi air terjun. Tapi di Sabah ni, kebanyakan permata air terjun yang cantik ni memang tersembunyi di dalam hutan. Terpelihara dan kalau nak menikmatinya memang kena sedikit pengorbanan.

murug turug

Di Murug Turug ni ada beberapa pakej yang ditawarkan. Pakej tersebut terbahagi kepada 3 iaitu Pakej A, Pakej B dan juga Pakej C, jadi korang boleh pilih mana satu dan semua pakej ini mempunyai jarak meredeah hutan yang berbeza antara satu sama lain. Paling jauh dan pastinya mencabar tetapi boleh jumpa kesemua 7 air terjun kenalah ambil Pakej C. Untuk Pakej C ni korang kena datang lebih awal agar memudahkan perjalanan pergi dan balik kerana lokasinya yang jauh. Senarai pakej adalah seperti di bawah:

  • Pakej A :
    Pakej ini adalah laluan yang paling dekat iaitu cuma sekitar 3 km hingga 4 km saja berjalan kaki pergi dan balik, tetapi cuma dapat melawat 1 air terjun sahaja.
  • Pakej B :
    Pakej ini mempunyai laluan yang jauh sedikit iaitu sekitar 4 km hingga 5 km berjalan kaki pergi dan balik dan di sini anda akan dapat melawat 3 kawasan air terjun.
  • Pakej C :
    Pakej ini adalah laluan yang paling jauh dan anda akan berjalan kaki lebih kurang 12 km atau kira-kira 8 jam perjalanan pergi dan balik dan anda akan dapat melawat semua 7 air terjun. 

Kemudahan yang disediakan pula, buat masa ini hanya Pakej A saja yang ada disediakan kemudahan seperti sebuah pondok rehat dan tandas. Tetapi korang di benarkan untuk mandi atau berenang di semua air terjun yang ada di kawasan eko pelancongan ini. Jadi korang boleh bahagikan masa sekiranya mahu mandi di semua air terjun ini, sebaiknya ambil masa yang tidak lama untuk satu air terjun jadi sempat untuk mandi di semua air terjun ini sambil mengambil gambar yang berlatarbelakangkan air terjun yang cukup cantik dan indah ini. Selepas itu bolehlah berkelah atau buat khemah dan makan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga sebelum berjalan pulang.

murug turug

Kami mengambil Pakej B. Sangat mencabar terutamanya untuk saya yang jarang sangat follow aktiviti lasak macam ni. Jauh perjalanan tu bukan masalah besar tapi cabarannya bila perlu berjalan di atas batu yang agak licin dan berlumut. Apatah lagi kecerunan bukit nya boleh menjatuhkan semangat juga lah hahaha. Ada ketika kami perlu menuruni tangga seperti dalam gambar Mr Hubby di atas. Kita layan lah dulu gambar kat bawah ni ye.

murug turug

Di bawah ni adalah perincian waktu operasi dan bayaran setiap pakej.

Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi – 6 petang

Bayaran masuk (Pakej A) :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak/Warga Emas : RM3.00
Warga Asing : RM10.00
Guide 1 orang : RM30.00 (1-6 orang pelawat)

Bayaran masuk (Pakej B) :
Dewasa : RM8.00
Warga Asing : RM15.00
Guide 1 orang : RM35.00 (1-5 orang pelawat)
(Kanak-kanak/Warga Emas/Pelajar tidak dibenarkan)

Bayaran masuk (Pakej C) :
Dewasa : RM15.00
Warga Asing : RM30.00
Guide 1 orang : RM55.00 (1-3 orang pelawat)
Guide 2 orang : RM110.00 (4-6 orang pelawat)
(Kanak-kanak/Warga Emas/Pelajar tidak dibenarkan)

murug turug


Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa, jadi boleh cuba tanya pihak Murug Turug untuk sebarang perubahan harga, atau jika anda mahu berkhemah dalam 1-2 hari di kawasan air terjun ini. Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi pihak Eko Pelancongan Murug Turug di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Murug Turug Community
Kampung Minangkob, Tamparuli
Sabah, Malaysia.
Website : www.facebook.com/murugturug/

Nota:

  1. Kalau ke sini pastikan sentiasa ikut peraturan yang diberi oleh pihak Murug Turug. Sama ada semasa meredah hutan atau bila berada di kawasan air terjun yang mungkin airnya dalam atau batuan mungkin adalah licin. Ini adalah bagi menjaga keselamatan anda sekeluarga.
  2. Jangan merokok di kawasan ini sebab ini kawasan hutan dan juga merupakan kawasan pelancongan, jadi bahaya jika anda merokok dan membuang sisa rokok di sini.
  3. Kalau makan dan minum di kawasan air terjun ini janganlah buang sampah merata-rata agar kawasan pelancongan ini sentiasa bersih. Kalau tiada tong sampah, bawalah sampah anda tu di plastik dan buang bila berada diluar nanti.

Pengalaman dan ilmu baru hanya dari Dia Ya Khaliq.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *