Ramai yang mencari cara bagaimana nak kurus dengan cepat tetapi masih nak maintain sihat dan pastinya berat tak turun naik ibarat yoyo. Kalau kita baca, banyak jenis diet yang diperkenalkan kat luar tu. Ada diet ikut jenis darah, diet mediteranean, diet suku-suku separuh, diet eat clean mahupun antara yang popular adalah diet mengikut kiraan kalori. Secara rumusannya, di bawah ni saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mereka yang berjinak-jinak untuk nak kurus dengan cepat dan sihat.
#1 – Ambil makanan sebenar
Bila baca sekali lalu, macam pelik je kan tapi cuba kita tengok dalam peti sejuk kita. Adakah stok makanan yang kita beli tu banyak makanan sebenar atau makanan terproses. Apa makanan sebenar tu? Makanan sebenar adalah seperti telur, ikan, daging, ayam, udang, ketam, sayur, buah. Manakala makanan terproses adalah seperti segala bebola (ikan, udang, ketam, ayam, sayur) atau mi, mihun,koayteow. Makanan sebenar mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan berbanding makanan terproses yang lebih tinggi kalori serta kandungan nutrien yang rendah.
Badan kita lebih mudah menyerap nutrien yang terkandung dalam makanan sebenar. Makanan terproses apa sebenarnya kandungan nutrien yang ada selain dari karbohidrat dan lemak sahaja? Jika ada dikatakan mengandungi vitamin dan mineral pun, ia hanyalah bahan yang ditambah ke dalam adunan bukan hadir semulajadi. Buat pilihan yang bijak ye.

#2 – Pastikan minum air kosong cukup
Antara kata lain, katakan tidak pada air manis atau bergula termasuk jus buah atau jus sayur. Kenapa ye bukan ke buah dan sayur tu bagus. Ye tidak dinafikan sayur dan buah tu bagus. Tapi ia bagus jika dimakan bukan dijadikan jus. Buah dan sayur mengandungi vitamin, mineral dan serat. Bila dikisar dan dijadikan jus maka mikronutrien berkurang dengan sangat drastik. Lebih dari tu serat pun akan turut dibuang. Maka hasilnya hanyalah air berfruktosa berperisa buah. Sebab itulah jika buah dan sayur, lebih digalakkan untuk dimakan bukan dijadikan jus.
Kenapa air kosong pula ye? Air kosong ni zero kalori. Dan badan kita memerlukan air kosong yang membantu proses pembuangan toksin dari badan. Jika kita minum air bergula, kita sedang menambah bahan asing ke dalam badan, jadi proses pembuangan toksin akan jadi lebih sukar. Gula dari air manis akan bertukar menjadi tenaga namun jika tidak digunakan, ia akan berubah menjadi storan lemak pula. Jadi bila kita minum air manis, dah lah susah nanti nak proses lepas tu kesannya jadi lemak tambahan pula kat badan. Kan dah rugi.

#3 – Lebihkan kandungan protein berbanding karbohidrat
Lazimnya bila nak kurus cepat ni, kita mula nak kurangkan makan. Kurangkan portion yang diambil atau kurangkan pengambilan makanan sesuatu kumpulan makanan. Kita cenderung untuk makan lebih sayur dan kurangkan karbohidrat. Bagaimana dengan portion protein kita? Masih kekal atau perlu ditambah? Protein ni kan sebenarnya tak boleh disimpan lama dalam badan kita tak macam karbohidrat. Ini kerana protein digunakan oleh sel-sel, tisu-tisu dan sistem kefungsian badan kita setiap hari.
Untuk kurus dengan cepat dan sihat, adalah lebih baik untuk kita tambahkan bahagian protein. Jika biasanya cuma ambil seekor ikan kembung, apa kata tambah lagi seekor ikan lagi atau tambah sebiji telur atau sepotong ayam atau sesenduk daging. Pengambilan protein sebenarnya lebih memberi rasa kenyang dan memuaskan ketika makan berbanding mengambil karbohidrat yang lebih kenyang tapi kurang puas. Ambil karbo lebih, perut senang rasa penuh dan senak berbanding jika kita makan lauk lebih. Lebih daripada itu, nutrisi dalam lauk berundurkan protein ni lebih banyak dan pelbagai.
#4 – Berpuasa
Ramai yang susah nak kawal portion ketika makan tapi masih nak kurus dengan cepat. Jadi salah satu daripada cara nak kawal jumlah makanan yang kita ambil adalah dengan berpuasa. Sekarang ni Intermittent Fasting ni dah jadi trend. Tapi kan kalau korang nak tau berpuasa sunat Isnin dan Khamis sebenarnya 3 kali ganda lebih baik diamalkan berbanding jika kita buat IF tu. Bila kita berpuasa sebenarnya kita nak badan kita mengalami proses autophagy. Proses autophagy ni membantu dalam mengatasi masalah kesihatan termasuk mengurangkan tekanan darah, menurunkan kolesterol, dan mengurangkan keradangan.

#5 – Sentiasa aktif
Sentiasa aktif ni boleh dimasukkan juga aktiviti bersenam atau bersukan 3 kali seminggu. Namun jika tak sempat nak bersenam, pastikan tubuh badan kita sentiasa bergerak berbanding duduk diam sahaja. Contohnya jika suri rumah, jika biasa kita gunakan robot vacuum untuk membersihkan rumah, apa kata dalam seminggu tu kita lakukan pembersihan secara manual 1-2 kali. Selain dari itu, perbanyakkan berjalan kaki juga membantu kita menggunakan tenaga dengan lebih efektif dan efisien.
#6 – Kurangkan snek dan sos dalam masakan
Ni lagi satu penyebab kenapa berat badan kita susah nak turun. Pengambilan snek yang biasanya diambil antara waktu makan menyumbang kepada pengambilan berlebihan gula dan garam yang mana ia sangat tidak elok untuk kesihatan. Selain dari itu, pengambilan makanan yang tinggi sodium/ garam menyebabkan badan mengikat air lebih banyak atau ia dikenali sebagai water retention. Penggunaan sos dalam masakan dibolehkan namun adalah lebih baik jika menggunakan rempah asli berbanding sos. Sos biasanya tinggi dengan kandungan gula dan perisa. Ambil secara bersederhana lebih baik.
Diharapkan tips yang saya kongsikan boleh dimanfaatkan. Mungkin ada tips yang sesuai untuk korang amalkan. Jagalah kesihatan,kita nak kurus dengan cepat dan sihat bukan semata-mata kurus sahaja. Tubuh badan kita ni Allah amanahkan untuk kita jaga sebaik mungkin. Moga bila kita menjaga amanah Allah ini, menjadi asbab kita menjadi mereka yang bertakwa, in shaa Allah.
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.
Jom kita kurus dengan sihat Sama2. Memang best set kurus shaklee.
Let’s do it