menu sahur sihat
Kesihatan, Kisah AdDen, Shaklee

Idea Menu Sahur Sihat

Cara paling mudah untuk kekal sihat semasa berpuasa adalah jangan pernah meninggalkan sahur. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka. Pengambilan menu yang sihat semasa sahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.

Kita boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama. Pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang adalah baik sebagai pilihan menu sahur. Selain itu, protein boleh didapati dari ayam, telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak membantu menambah tenaga sepanjang hari.

Jadi hari ni saya nak kongsikan beberapa menu sahur sihat untuk korang kat luar sana cuba

menu sahur sihat

1- Tortilla + telur + sayur

Hidangan ini juga sangat mudah dan tak perlukan banyak masa untuk sediakan.
Bahan-bahan:
Tortilla (jenama mission/gardenia)
2-3 biji telur
Salad seperti lettuce dan tomato

Cara penyediaan:
Panaskan tortilla. 2 biji telur digodak dan ditambah serbuk lada hitam dan sedikit garam. Angkat tortilla dan tuangkan telur di kuali. Apabila telur separa masak, letak tortilla dan biarkan telur masak. Terbalikkan tortilla untuk pastikan telur masak sekata. Angkat tortilla dan telur tadi. Hiriskan tomato dan lettuce. Letakkan sayuran di separuh bahagian tortilla. Jika mahu, letakkan sedikit kewpie mayonis. Lipat tortilla dan sedia dimakan.

menu sahur sihat

2- Salad ayam

Bahan-bahan:
2 keping Ayam (sebaiknya bahagian dada)
1 keping roti
Salad seperti romaine lettuce, tomato atau sayur seperti broccoli dan cauliflower

Cara penyediaan:
Ayam diperap dengan bahan perapan yang disukai. Boleh digoreng atau dipanggang. Setelah masak, potong sederhana kecil. Roti dibakar dan dipotong kecil juga. Jika gunakan sayuran seperti broccoli atau cauliflower, celur dengan air panas sehingga masak. Salad atau tomato dihiris halus. Masukkan semua sekali dalam 1 mangkuk. Boleh letakkan sedikit minyak zaitun dan juga mayonis atau macam saya, saya suka gunakan kewpie sesame mayo. Gaulkan dan sedia untuk dimakan.

menu sahur sihat

3- Minuman Shake Soya

Ni menu sahur yang paling saya suka sebab mudah, ringkas serta sihat berkhasiat.

Bahan-bahan:
Set Puasa Shaklee pastinya
1 shaker
250ml Air sejuk atau suam. Jangan panas

Cara penyediaan:
Masukkan air ke dalam shaker. Tambah ESP Soy Protein 1 sudu. Tambah Cinch Shake 1 sudu. Jika gunakan Cinch Vanilla boleh tambahkan sekali 1 sudu Performance Drink. Goncang goncang goncang sehingga sebati. Tadaaaa sedia untuk diminum.
**Jika gunakan Cinch Latte atau Chocolate, Performance Drink boleh dibancuh berasingan.

menu sahur sihat

4- Sup makaroni ayam

Bahan-bahan:
Ayam
Makaroni
Sayuran seperti lobak merah, celery, cauliflower, tomato, broccoli
Bawang putih dan halia
Garam

Cara penyediaan:
Ayam diperap dengan bawang putih dan halia. Dalam periuk, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Tambahkan air dan masukkan ayam yang telah diperap. Ayam separuh masak, boleh masukkan pula makaroni. Biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, boleh tambah sayuran seperti di atas. Tambah garam secukup rasa untuk menambah rasa. Sup sedia dimakan bila makaroni telahpun masak. Siappp..

menu sahur sihat

5- Nasi Goreng Ekspress

Biasanya saya akan buat menu ni bila dah tak tau apa lagi menu untuk sahur. Selain cepat ia juga jadi kegemaran suami.
Bahan-bahan:
Nasi semalam
Ayam/ isi ikan/ telur/ikan bilis – apa-apa sumber protein
Bawang putih
Cili (jika suka pedas guna cili padi atau cili kisar)
Sayur seperti kubis atau kacang panjang

Cara penyediaan:
Gorengkan sumber protein (ayam/telur/isi ikan/ikan bilis) dan ketepikan. Tumis bawang putih dan cili yang dah ditumbuk kasar atau dihiris halus. Setelah naik bau, masukkan sumber protein, nasi dan sayur yang telah dihiris juga. Tambahkan garam atau apa-apa penambah perisa yang disukai. Gaul sehingga sekata dan masak. Siap untuk dihidang.

Alhamdulillah, ini 5 menu sahur yang dapat saya kongsikan buat korang. Harapnya ia dapat dicuba dan bermanfaat. Jangan lupa, bersahur adalah sunnah Rasulullah saw. Bersahur bukan untuk makan menambah tenaga semata tetapi kerana kita umat Rasulullah dan kita nak mengikuti apa jua yang uswatun hassanah lakukan. Moga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini, in shaa Allah.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *