Harini saya throwback pengalaman berhiking bersama Mr Hubby. Dah lama kot tinggalkan dunia hiking ni. Kalau tak silap last pergi pun masa hiking Gunung Jerai bersama team Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat, USM tahun 2001 satu masa dahulu. Lebih 20 tahun tak menjejak bukit atau gunung.

First time hiking selepas PKP dilonggarkan. Kami tiba dah agak lewat sebenarnya sebab kat sini kan lebih awal waktu subuh. Jadi jam 8 pagi tu dah macam jam 9 pagi jika di semenanjung. Oleh kerana lewat maka nampaknya tak ramai orang. Kat sini jam 6.30 pagi orang dah start hiking dah yelah kami subuh pun jam 5 pagi. Jadi jam 6.30 pagi memang dah terang.
Bukit Merah ni terletak di kawasan Karambunai. Bukit ini spesifiknya terletak di Kampung Karambunai dan laluan ke Nexus Resort Karambunai. Ada resort di kawasan Karambunai dan tentunya kawasan pantai yang subhanallah cantik amat. Untuk ke sini boleh je gunakan Waze atau Google Maps. Tempatnya hanya di tepi jalan sahaja.
Laluan untuk naik ke Bukit Merah ini adalah percuma namun terdapat tabung untuk sumbangan yang disediakan oleh pihak pengurusan. Di bahagian starting point, ada disediakan gerai orang menjual air dan kudapan, tandas, kayu atau tongkat untuk hiking serta pondok untuk berehat-rehat selepas hiking. Agak selesa dan memang mengujakan.
Bukit Merah ni ada 2 puncak. Puncak 1 dan puncak 2. Kami naik ke puncak 1 terlebih dahulu masa tu. Trail atau laluan naik ke atas agak mencabar jugak. Apatah lagi dah lama kan tak mendaki. Yang bestnya laluan memang bersih, takde nampak sampah sarap langsung. Memang boleh dipuji bab kebersihan ni. Sepanjang laluan pun banyak terdapat papan tanda arah untuk kita teruskan mendaki. Ada juga papan tanda kata semangat supaya kita terus mendaki sampai puncak.
[ Al-Quran, Surah Faatir, Ayat 27 ]“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat”
Di puncak 1 ada disediakan Menara dan Podium untuk mengambil gambar. Tapi masa kami tiba tu nampak macam podium tu dah agak rapuh. Maklumlah kan sepanjang PKP mana la dibenarkan untuk aktiviti hiking ni. Maka dah tentulah banyak juga kemudahan yang kurang terjaga. Dari puncak Bukit Merah ni boleh nampak kawasan laut dan puncak Kinabalu. Memang tergamam bila nampak keindahan alam. Maha Besar Allah yang menciptakan alam.

Ada masa pancit gak dalam nak sampai ke puncak bukit ni. Tapi Mr Hubby selalu tiupkan kata semangat. Ibrah dari kisah Rasulullah yang selalu berkhalwat di Gua Hira’ dan isteri baginda Siti Khadijah yang sanggup mendaki Gua Hira’ menghantar bekalan buat baginda diingati dan dijadikan semangat menuju puncak
Dan alhamdulillah atas IzinNya jua kami berjaya ke puncak. Moga diberikan peluang untuk terus menikmati keindahan ciptaanNya lagi. In shaa Allah.
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.