Shaklee

3 Insentif Bisnes Dalam Shaklee Yang Awesome

Masa awal-awal join bisnes Shaklee, saya hanya fokus untuk dapat duit tambahan sahaja. Tak berapa cakna tentang apa sebenarnya yang Shaklee boleh offer pada pengedar-pengedarnya. Sampai lah pada suatu masa upline saya bercerita tentang kelebihan jadi dalam Shaklee. Masa tu barulah terbuka mata rupanya banyak insentif Shaklee berikan kepada para pengedar yang aktif. Kalau korang nak tau apa insentif yang wow sangat tu, teruskan membaca ye.

Dalam Shaklee ada 3C. Apa itu 3 C. 3 C itu adalah Cash Bonus (Bonus Tunai), Car Bonus (Bonus Kereta) dan Convention Bonus (Bonus Percutian). Menarik kan. Meh saya ceritakan dengan lebih details setiap satu kelebihan C tersebut

#1 – Cash Bonus atau Bonus Tunai

insentif bisnes shaklee

Bonus tunai ni antara insentif Shaklee yang paling asas. Ia boleh diperolehi oleh setiap mereka yang berdaftar sebagai ahli Shaklee. Ahli Shaklee layak mendapat diskaun harga produk sehingga 15 – 25% dari harga runcit. Walaupun tidak menjual dan hanya menjadi ahli untuk kegunaaan sendiri dan keluarga, penjimatan sebanyak 15-25% ni dah cukup banyak dan berbaloi. Yuran pendaftaran untuk menjadi ahli pula sangat minima iaitu hanya RM35 setahun. Yuran ni perlu diperbaharui setiap tahun dengan cara membuat pembelian produk. Mudah kan.

Bagi mereka yang aktif menjual pula, pihak syarikat menyediakan tangga bonus mengikut jumlah UV yang dikumpul setiap bulan. Bonus tunai ini biasanya akan dibayar terus ke akaun pengedar selewatnya pada setiap 15hb setiap bulan tanpa gagal. Kebiasaannya kami dapat lebih awal, Alhamdulillah. Bonus tunai dibayar mengikut jumlah jualan. Jika jumlah jualan tinggi maka bonus tunai pun tinggi juga.

insentif bisnes shaklee

Yang paling seronok, jika korang berjaya skor 3000uv, TAHNIAH!!!! Korang berjaya naik rank dari Distributor kepada SUPERVISOR. Supervisor adalah level pertama leader. Mereka yang bergelar leader layak memperolehi bonus kepimpinan pula. Ini memang antara insentif bisnes yang sangat best dan superb. Bonus kepimpinan ni boleh diperolehi organisasi tersebut melahirkan leader di bawah mereka dan efektif. Korang tau tak, bonus kepimpinan ni Shaklee bayar sehingga level 6 dalam organisasi tau. Namun adilnya Shaklee ialah, walaupun kita mempunyai organisasi yang besar namun sekiranya kita tidak membuat sebarang jualan, maka tiada sebarang bonus yang diberikan.

#2 – Car Bonus atau Bonus Kereta

insentif bisnes shaklee

Yang ni korang jangan pula sangka yang Shaklee belikan korang kereta tau? Takkkk tapi ini insentif Shaklee untuk bonus kereta. Shaklee juga ada menawarkan car bonus bagi mereka yang melepasi syarat. Mereka yang telah bergelar Supervisor ke atas layak untuk fight bonus kereta ni. Kelayakan tu ikut pilihan yang kita pilih. Ada 2 pilihan. Selepas je kita layak mengikut pilihan yang kita buat, pada minima UV tertentu, bonus kereta akan dibayar. Minimum RM600 bonus kereta dibayar. Bukan sekali saja tau tetapi setiap bulan korang layak dapat insentif bonus kereta ni.

Jumlah bonus kereta ni pun unlimited tau. Ia bergantung juga pada jumlah sales korang. Lagi banyak, lagi besar la bonus kereta yang korang layak dapat. Paling best.. Shaklee akan membayar bonus kereta ni dalam bentuk tunai, terpulang korang nak gunakan duit tu memang untuk membeli kereta ataupun buat perkara lain.

#3 – Convention Bonus atau Bonus Percutian

insentif bisnes shaklee

Yang ni insentif Shaklee yang paling best.

Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf leader-leader yang berjaya membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang dengan menganjurkan percutian buat mereka. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau. Pada tahun 2023, Shaklee bakal membawa mereka yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Los Angeles, USA dan Lawatan Serantau Seoul, Korea. Untuk mereka yang Muslim, Lawatan Antarabangsa boleh memilih untuk membuat Umrah dan Ziarah.

Untuk trip percutian ni, bukan sahaja boleh membawa pasangan mahupun anak tetapi ibu ayah serta mertua pun boleh. Tetapi ada syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Trip macam ni memang 100% ditanggung oleh Shaklee termasuk bagasi. Malah Shaklee turut memberi elaun makan tertentu. Dah la percutian ditanggung, ada pula duit poket, memang heaven la kan. So kalau nak dapat trip ni memang kena pulun berbisnes, berusaha sesungguh mungkin dan moga Allah kurniakan buat kita in shaa Allah.

Seronok ke seronok bila berbisnes Shaklee ni?

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

3 Comments

  1. […] Nak tau lebih lanjut pasal insentif Shaklee? Jom baca kat Insentif bisnes Shaklee yang awesome. […]

  2. Seronok! Macam-macam boleh dapat dari Shaklee.

    1. Kan. Banyak sangat insentif yg Shaklee dah sediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *