Kesihatan

Sakit Belakang Hilang Dengan Cepat dan Berkesan

SAKIT BELAKANG HILANG DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Anda akan mengetahui semuanya yang berkaitan tentang cara menghilangkan sakit belakang. Teruskan membaca sehingga tamat.

Punca sakit belakang
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan sakit belakang. Antaranya seperti kecederaan pada tulang belakang dan otot sekitarnya.

1. Angkat barang berat 2. Kerap membongkok

3. Kerap memakai kasut tumit tinggi 4. Stress

Cara menghilangkan sakit belakang
Jika anda menghadapi keadaan ini, jangan bimbang. Terdapat petua untuk menghilangkan sakit belakang dengan berkesan. Antaranya ialah:

1. Bersenam dan membuat regangan

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Senaman dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan dari masalah berulang semula. Selain itu, ia juga mampu menguatkan kembali otot belakang.

2. Menjaga postur badan

Elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda. Jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

3. Tidur dengan posisi yang betul

Tidur yang cukup dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga kesihatan anda. Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan sakit pada bahagian belakang.

Untuk mendapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, anda boleh cuba:Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut
Elakkan dari tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang

4. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang

Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Lalu, menyebabkan kesakitan. Cara pemakanan yang sihat dan seimbang membantu untuk mengekalkan berat badan ideal.

5. Tuam dengan ais atau haba

Jika anda rasa sakit pada bahagian belakang, pek ais atau panas boleh meredakan kesakitan. Letakkan pek ais atau haba di bahagian yang sakit.

Rehat dan biarkan selama 20 minit. Ia berfungsi untuk meredakan ketegangan pada otot. Pek panas membantu mengendurkan otot dan meningkatkan pengaliran darah.

6. Rawatan fisioterapi

Melalui fisioterapi, rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan. Antaranya seperti rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.

Ahli terapi fizikal juga akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Selain itu, mereka juga menunjukkan cara untuk memperbaiki cara hidup dan aktiviti seharian pesakit.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *