
“Sahur” dari sudut bahasa adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam (Awnul Ma’bud, 6/469). Jika waktu malam itu 12 jam, bermakna waktu sahur 2 jam sebelum siang iaitu sekitar jam 4 pagi hingga subuh.
Di bulan puasa, waktu sahur kebiasaannya kita bangun untuk makan sahur. Namun jika bangun hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain adalah merugikan. Ia satu kesilapan kerana waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk menunaikan solat malam, beristigfar dan berdoa.
Firman Allah:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” (Adz Dzariyat: 18)
Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Rabb kita Tabaraka wata’ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam, Kemudian berfirman: ‘barangsiapa yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, barangsiapa yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, barangsiapa yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145).
Rebutlah keistimewaan waktu sahur dengan memperuntukkan masa untuk kita solat sunat malam, masa untuk kita beristighfar dan memohon keampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu serta memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Segala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.