Intermittent fasting, Kesihatan, Shaklee

Intermittent Fasting Ada Keburukan?

keburukan intermittent fasting (if)

Kalau korang perasan, lately banyak je kita dengar pasal Intermittent Fasting (selepas ini akan disebut IF) ni. Malah saya sendiri pun pernah menulis mengenai IF ni. Dan kebiasaannya kita tau banyak je manfaat yang boleh kita perolehi bila kita mula berIF ni. Tapi pernah tak korang tau sebenarnya Intermittent Fasting ni pun ada keburukannya. Nak tau apa keburukan melakukan INTERMITTENT FASTING ni, teruskan membaca ye.

Keburukan 1:

Tiada jadual pemakanan yang tetap. Berpuasa secara IF ni terdiri daripada beberapa regim. Bermula dari regim 12 jam hinggalah ada yang buat extended sehingga 72 jam. Perkara utama bila nak melaksanakan IF ni, perlunya kepada ilmu.

Memandangkan bila kita buat IF ni tiada jadual yang tetap, maka kita perlu belajar dan sesuaikan keadaan badan serta kesihatan badan kita sebelum kita memulakannya. Jika kita terus membuat dengan begitu strict akan memberi kesan yang buruk pada sistem badan kita. Potensi untuk kita kurang nutrien atau terlebih makan akan berlaku.

Keburukan 2:

Kehilangan mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Terjadinya kehilangan nutrien penting ni bila pengambilan makanan semasa ‘eating window’ tidak bersesuaian. Lazimnya kita akan memilih pemakanan yang tinggi karbohidrat terlebih dahulu diikuti dengan protein, sayuran dan buahan. Tetapi hakikatnya pengambilan protein dan sayuran perlu diutamakan.

Pengambilan protein yang mencukupi membantu proses pemulihan tisu dan otot selain daripada mengelakkan berlakunya timbunan glikogen yang akan bertukar menjadi lemak terkumpul. Selain itu, kekurangan mineral turut menyebabkan berlakunya masalah kekejangan otot, masalah pencernaan serta boleh mempengaruhi kesihatan mental dan ketidakseimbangan emosi juga.

Keburukan 3:

Badan mudah lenguh dan sengal serta terjadinya kegatalan kulit. Ini adalah antara salah satu keburukan bila kita mula melakukan IF. Walaupun semasa melaksanakan IF ni kita dibenarkan minum air tanpa kalori namun sering kali terjadi masalah dehidrasi kerana kurang kerap minum air. Bila berlakunya dehidrasi, kulit akan kurang lembapan dan menyebabkan ruam dan masalah kegatalan.

Kulit gatal memang sedap digaru, masalahnya bila berlakunya luka dan menyebabkan parut. Kurangnya air juga menyebabkan pengangkutan mineral ke otot dan sendi kurang efisien, itu yang menjadi penyebab badan lenguh dan sengal.

keburukan intermittent fasting (if)

Keburukan 4:

Masalah susah tidur atau insomnia. Apabila berpuasa terutama di awal-awal nya kita akan merasa lapar. Badan kita akan menghantar isyarat yang kita sebenarnya dalam keadaan “tertekan” dan “kebuluran”. Kesannya ia akan meningkatkan level hormon kortisol dalam badan. Peningkatan hormon kortisol ni akan menyekat pengeluaran melantonin yang diperlukan oleh badan untuk rehat dan tidur. Ini menyebabkan kita lebih mudah berjaga. Kesannya bila kurang tidur, badan kurang rehat dan akan menjadi letih.

Keburukan 5:

Kulit hilang kolagen sehingga 90%. Kesan utama jika IF dilakukan pada jangka masa yang panjang adalah kulit hilang keanjalan, lebih kering dan lebih kendur berbanding biasa. Lebih kurang 30% kolagen terdiri dari protein. Pengambilan protein yang mencukupi serta dilengkapkan dengan vitamin dan mineral lain membantu mengatasi masalah ini.

Dah tau kan apa keburukan bila melakukan Intermittent Fasting, saya nak kongsikan pula bagaimana Shaklee sebagai Suplemen Terbaik Malaysia boleh membantu dalam mengatasi masalah atau mengatasi keburukan kesan dari intermittent fasting ni. Shaklee terdiri daripada pelbagai jenis suplemen yang membantu melengkapkan makro dan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Di bawah adalah set atau produk yang boleh diambil ketika berpuasa untuk memberikan hasil yang lebih optimum.

i) Set Puasa Shaklee

Dalam set puasa Shaklee ni, ada 3 item yang terdiri dari serbuk protein (ESP Soy Protein), meal replacement (Cinch Shake) dan minuman elektrolit (Perforrmance Drink).

Pengambilan set ini, membantu melengkapkan nutrien terutamanya protein yang membantu dalam proses pembaikpulihan sel dan tisu serta memberi tenaga berpanjangan. Selain itu, masalah dehidrasi dapat dikurangkan kerana minuman elektrolit membantu mengekalkan lembapan dan kandungan air serta garam mineral yang diperlukan oleh sistem tubuh badan kita.

ii) Set Hello New You

Masalah pencernaan, kurang tenaga serta badan sakit dan lenguh antara masalah utama apabila kita berpuasa dalam jangka masa panjang. Pengambilan Set Hello New You membantu mengatasi masalah berikut.

Ini kerana dalam set ini ia dilengkapkan dengan herba untuk mengatasi masalah sembelit iaitu herblax dan alfalfa. Set ini juga mengandungi produk detox yang mana kandungan utamanya milk thistle yang membantu memelihara kesihatan hati. Seperti yang kita tau, hati tempat memproses segala toksin yang mungkin masuk ke dalam sistem badan.

Maka pengambilan Dtx Complex sangat membantu. Selain itu, adanya Omega Guard sangat membantu dalam perembesan hormon leptin dan ghrelin semasa berpuasa. Penyingkiran lemak dapat dilakukan dengan lebih efisien bila kita mengambil omega-6 ini bersama lecithin.

iii) Vivix

Dalam Set Kurus Shaklee, Vivix antara produk yang sangat dicadangkan untuk diambil. Vivix adalah produk yang mempunyai kandungan polifenol yang tinggi terutamanya kandungan resveratrol. Polifenol umunya bersifat antiosidan. Pengambilan Vivix bersama set kurus Shaklee membantu meningkatkan metabolisme badan. Vivix juga membantu dalam proses memecahkan lemak menjadi sumber tenaga. Melaksanakan IF dan mengambil vivix mempercepatkan proses penurunan ukur lilit serta berat badan.

Semoga perkongsian saya dapat dimanfaatkan oleh pembaca di luar sana. Jika nak tau lebih banyak lagi mengenai intermittent fasting boleh ke sini ya. Moga membantu korang.

Yang berminat nak dapatkan produk Shaklee jom klik terus di sini untuk BELI PRODUK SHAKLEE .Atau bagi mereka yang berminat nak Join Shaklee bersama saya boleh klik di sini pula JOIN SHAKLEE.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee
#NextLevelBlogging

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970

Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatanSegala kesembuhan hanyalah dari Allah jua, suplemen hanya sebagai ikhtiar zahir sahaja.

You may also like...

5 Comments

  1. Takutnya kesan buruk IF tu. Alih-alih nak cantik jadi keriput plak. Teri. A kasih perkongsian yang jelas sekali sis.

    1. Kan puan, sebab tu sebenarnya dalam kita berIF pun kena pastikan nutrien kita mencukupi. Kalau rasa tak seimbang, sebaiknya top up dengan suplemen.

  2. great share dear! banyak info saya baru tahu. thank you.

    1. terima kasih sebab sudi singgah.

  3. One thing I have actually noticed is always that there are plenty of myths regarding the financial institutions intentions when talking about property foreclosures. One delusion in particular is the fact the bank needs to have your house. Your banker wants your money, not your property. They want the funds they gave you having interest. Averting the bank will still only draw a foreclosed conclusion. Thanks for your post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *